Rina Sedia Sambung Spa Q

26 Mar

>>Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

Rap
KEJAYAAN drama bersiri popular, Spa Q 2 terbitan Global Station Sdn Bhd yang menemui penonton TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang, sejak 15 Disember lalu turut menyuntik semangat buat penulis skripnya, Rina Khan untuk menghasilkan karya yang lebih baik pada masa depan.

Malah, kata Rina, dia juga sedia untuk bekerjasama dan mengembangkan lagi jalan cerita Spa Q jika penerbit dan TV3 berminat untuk menghasilkan musim baru Spa Q 3 nanti.

“Insya-Allah, saya tidak ada masalah untuk kembangkan jalan cerita Spa Q untuk musim ketiga sekalipun untuk musim kedua ini kita sudah mengakhiri cerita dengan kesimpulan dan jawapan kepada semua konflik dalam Spa Q 2.

“Pada pandangan saya, cerita telenovela adalah kisah kehidupan yang tiada penghujungnya. Sebab itu, saya kesal apabila orang kata cerita Spa Q berbelit-belit kerana telenovela memang dihasilkan begitu. Jika nak diikutkan cerita dari seberang, Bawang Putih Bawang Merah lebih berbelit-belit daripada Spa Q, tapi tidak ada pula orang pertikaikan jalan ceritanya.

“Sebenarnya, komen negatif boleh melemahkan semangat anak tempatan untuk berkarya. Saya pula sebaliknya tidak kisah orang nak kata apa pun kerana lebih suka melihat daripada sudut positif. Apa yang penting, cerita Spa Q 1 dan 2 dapat sambutan serta ada ramai peminat setia yang mengikutinya sejak awal lagi.

“Namun, setakat ini, saya belum mendengar sebarang ura-ura daripada penerbit untuk menghasilkan musim ketiga Spa Q,” katanya.

Berkongsi dari segi idea cerita Spa Q , kata Rina, dia mengambil alih menulis skrip cerita Spa Q 1 bermula daripada episod ke-17 hinggalah ke-60 daripada penulis asalnya yang tidak dapat meneruskan cerita itu.

“Idea adalah daripada penulis skrip asal itu dan saya terus kembangkan karakternya. Cerita ini juga adalah imaginasi saya semata-mata dan diselitkan cerita yang saya dengar daripada orang, tetapi tetap pastikan cerita ini logik dan diterima masyarakat. Apa yang penting, saya faham dari segi konsep dan ceritanya pula adalah kisah kehidupan masyarakat bandar hari ini.

“Sebab itu apabila ada orang kritik kenapalah Qistina (lakonan Norish Karman) itu bodoh sangat dan ada ke wanita sepertinya dalam kehidupan kita? Percayalah, cakap saya, memang wujud watak Qistina di luar sana kerana ada pelbagai ragam orang dalam dunia ini. Sebagai penulis, saya gembira kerana watak Qistina berjaya menyentuh emosi penonton,” katanya.

Bagaimanapun, kata Rina, pada peringkat awal, dia tidak menyangka drama bersiri Spa Q 2 akan mendapat sambutan hangat daripada penonton.

 

 

“Selepas drama bersiri Bukan Yang Pertama (untuk RTM), Spa Q adalah karya saya yang mendapat sambutan hangat. Saya juga mendapat banyak maklum balas positif menerusi emel dan laman web saya sejak siri itu disiarkan di TV3.

“Kontroversi panas yang membabitkan pelakon Spa Q 2 tidak sedikit pun menjejaskan semangat saya untuk berkarya kerana ia tiada kena mengena dengan jalan cerita dan skrip dihasilkan. Dari segi perkembangan karakter dan konsep pula, ia tanggungjawab pengarah,” katanya.

Kata Rina lagi, dia berharap penonton tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan episod akhir iaitu episod ke-60, Spa Q 2 yang disiarkan hari ini (Khamis) jam 6.30 petang di TV3.

“Selepas pelbagai konflik, cerita ini juga berakhir dengan kegembiraan. Qistina akhirnya berkahwin dengan Fahmi yang jauh lebih muda,” katanya.

Selain Norish, Spa Q 2 menampilkan lakonan mantap Azizah Mahzan (Marlia), Zaefrul Nordin (Zaefrul), Fazren Rafi (Dafi), Zaris Nellydya (Melisa), Nisha Dirr (Tania), Khairil Anuar (Helmi), Faradhiya (Julia), Liza Abdullah (Zalina), Zizie Ezette (Norell), Sharifah Sofea (Lola), Jasmin Hamid (Datin Sofira), Fauziah Ghouse (Eryana), Siti Shahrizah (Datuk Rohani), Faizal Yusuf (Shah), Zarina Zainuddin (Datin Seri Anum), Erynn Erynna (Anis) dan penampilan Khas Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “ENTERTAINMENT”;
innity_zone = “154”;
innity_width = “250”;
innity_height = “220”;

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: