Amy, Mawi Tampil Perubahan

21 Mar

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

Rap
BERHADAPAN sambutan lesu daripada penonton tempatan, pengarah teater Sirah Junjungan-Tahajud Cinta, Erma Fatima melahirkan rasa lega apabila melihat ruang Panggung Sari, Istana Budaya (IB) mula terisi apabila dipentaskan kembali, 18 Mac lalu.

Sebelum itu teater muzikal yang mengangkat kisah hidup junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w yang mula dipentaskan 9 Mac lalu dihentikan seketika selama tiga hari bagi membolehkan penyanyi yang tampil selepas itu dapat melakukan beberapa perubahan membabitkan corak persembahan mereka.

Pada 9 hingga 14 Mac, Sirah Junjungan menampilkan Jamal Abdillah sebagai penyanyi jemputan diikuti Datuk Siti Nurhaliza. Kini persembahan berbaki malam ini dan esok akan diserikan juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Mawi dan penyanyi utama kumpulan Search, Amy.

Sewaktu dihubungi Erma menjelaskan, sepanjang pementasan Sirah Junjungan menampilkan Siti, sambutan agak menggalakkan. Walaupun tidak penuh, dia lega kerana orang sudah mula mengunjungi IB.

“Agaknya menjadi budaya orang kita suka mendapatkan tiket pada saat akhir dan perkembangan itu adakala membuatkan saya bimbang,” katanya.

Seperti malam ini dan esok, jelas Erma tiket masih dijual, tetapi agak perlahan. Begitupun ada beberapa pihak sudah membuat tempahan awal.

Menyentuh mengenai perubahan persembahan bakal ditampilkan Mawi dan Amy, jelas Erma setiap penyanyi yang mengadakan persembahan untuk Sirah Junjungan ini mempunyai keistimewaan tersendiri.

“Mereka ini seperti yang kita tahu menampilkan jalur muzik dan gaya persembahan berbeza. Oleh kerana itu ada beberapa perubahan dibuat bagi disesuaikan dengan corak persembahan mereka.

“Mengambil contoh, Amy Search sendiri sudah datang lebih awal untuk melihat apakah corak persembahan yang boleh dilakukan bagi disesuaikan dengan Sirah Junjungan.

“Pada waktu sama kata Amy, dia sedar peminatnya sendiri mahu melihat apa yang akan ditampilkan dalam persembahan teater muzikal seperti ini. Saya tidak boleh jelaskan akan perubahan dilakukan Amy, sebaliknya mereka perlu datang dan menyaksikannya sendiri.

 

 

“Amy banyak memberikan idea dan pandangan membabitkan persembahan bakal dilakukan,” katanya.

Selain penyanyi jemputan, Sirah Junjungan dibintangi pelakon berpengalaman seperti Ahmad Yatim, Mazlan Tahir, Vanidah Imran, Rosdeen Subuh, Jesse Lim, Aman Graseka, Sahronizam Noor dan Rabecca Nur Al-Islam.

Harga tiket untuk persembahan Sirah Junjungan menampilkan Mawi dan Amy masih dikekalkan. Mereka berminat boleh mendapatkannya dengan harga RM30, RM50, RM80, RM100 dan RM150.

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: