Zzati Pertaruh Rock Moden

20 Mar

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my

Rap
USIA muda bukan penghalang buat Nur Izzati Mohd Rashid untuk mencari tapak di persada seni tanah air.

Malah, kata Nur Izzati atau Zzati, 16, dari Bandar Jengka, Pahang impiannya mahu mencipta nama dan duduk sebaris dengan idolanya, Allahyarham Sudirman Hj Arshad dan penyanyi popular tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.

Ketika ditemui di gerai Harian Metro sempena Karnival Jom Heboh di Air Keroh, Melaka baru-baru ini, Zzati yang juga bekas juara Pertandingan Karaoke Metro Idol di Padang MPK 2, Kuantan tahun lalu berkata, dia mula menyanyi sejak usianya enam tahun.

“Bakat nyanyian saya diketengahkan oleh bapa, Mohd Rashid Chekman yang bertugas sebagai jurutera bunyi dan sangat meminati bidang muzik.

“Saya juga menimba pengalaman dengan menyertai pelbagai pertandingan nyanyian termasuk Pertandingan Karaoke bermula pada 2004, 2006 dan 2008.

“Lebih menarik, saya turut membuat persembahan di beberapa pertunjukan pentas sekitar Pulau Tawar, Jerantut, Maran dan tidak ketinggalan di Bandar Jengka sendiri yang juga tempat kelahiran sendiri,” katanya.

Penuntut tingkatan empat, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Jengka ini berkata, sebagai artis remaja, dia juga sering mendapatkan nasihat dan bimbingan ibu bapanya untuk menjadi penyanyi yang baik pada masa depan.

“Saya akui bukan mudah untuk membahagikan masa antara bidang nyanyian dan pelajaran kerana saya perlu memastikan kedua-duanya bergerak seiringan.

“Saya yakin, kedua-duanya boleh dicapai menerusi kerja keras dan tidak pernah kenal erti putus asa untuk menggapai cita-cita menjadi penghibur yang berjaya nanti,” katanya.

Buat permulaan, kata Zzati, dia mempertaruhkan singlenya yang berkonsepkan rock moden dan mengandungi dua lagu Bukan Sombong dan 3 Langkah yang dicipta bapa saudaranya sendiri, Somie.

 

 

“Dua single ini siap sepenuhnya Januari lalu dan diputarkan menerusi stesen radio RTM termasuk Pahang FM. Pada masa sama, saya juga giat menjayakan promosi single saya ini pada hujung minggu termasuk membuat persembahan di gerai Harian Metro sendiri.

“Bukan mudah untuk mendapat peluang keemasan seperti ini. Namun, menerusi syarikat bapa, Zzati Musical Entertainment (ZME), saya akan terus mencari peluang untuk mendapat tempat dalam bidang hiburan yang diminati sejak kecil ini,” katanya.

Zzati berkata, dia juga mendapat sokongan padu dari seluruh anggota keluarga yang begitu memahami minatnya pada bidang seni.

“Saya juga berasa terharu dan gembira kerana pihak Harian Metro memberi kepercayaan dan peluang untuk membuat persembahan di gerai Harian Metro di Air Keroh, baru-baru ini.

“Apa yang penting persembahan di gerai adalah paltform untuk saya memperkenalkan diri,” katanya.

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: