Kaki Rabecca Menggigil Bawa Watak Hendon

20 Mar

Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my

Rap

SUKARNYA Rasulullah s.a.w untuk menyebarkan syiar Islam di muka bumi ini, begitulah payahnya Erma Fatima hendak mengajak penonton menyaksikan pementasan teater Muzikal Sirah Junjungan-Tahajud Cinta di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) bermula 9 Mac dan berakhir 22 Mac ini.

Tiada wang dan tanpa penaja namun kerana kasihkan junjungan kita Nabi Muhammad, Erma, kru produksi dan pelakonnya teruskan juga projek berkenaan walaupun menempuh banyak halangan.

Selama dua minggu dipentaskan, Erma menjemput empat artis ternama membuat persembahan secara bergilir pada pementasan itu – Jamal Abdillah, Datuk Siti Nurhaliza, Mawi dan Amy Search.

Tanpa mempersoalkan berapa bayaran untuk berlakon dalam teater itu, Vanidah Imran, Rabecca Nur Al-Islam, Aman Graseka, Ahmad Yatim, Wong Sip Nen, Rosdeen Suboh, Lakshman, Jeganthan dan Mazlan Tahir, bersungguh-sungguh menghidupkan watak masing-masing.

Walaupun hanya kedengaran suara Vanidah yang berlakon sebagai Siti Khadijah di sebalik tirai namun Vanidah tetap berusaha melakukan yang terbaik.

Kemerduan suara Vanidah sudah cukup untuk memberi gambaran betapa hebatnya peribadi Siti Khadijah. Biarpun tanpa penonjolan dirinya di khalayak penonton, tetapi dialog dilafazkan Vanidah membuatkan kita terkenang pengorbanan Siti Khadijah terhadap perjuangan Rasulullah.

Semua pelakon memberikan sokongan padu pada pementasan teater itu walaupun mereka sedar Erma tidak ada bajet besar untuk membayar mereka.

Seorang pelakonnya, Rabecca, yang diberi watak Hendon, wanita Quraisy yang paling memusuhi Rasulullah, ditangani dengan baik sekali oleh pelakon muda itu.

“Setiap malam saya berusaha mempamerkan persembahan terbaik. Saya ‘meminjam’ semangat juang Erma. Saya sedih melihatkan pementasan ini kurang sambutan penonton, tetapi ia tidak sedikit pun memudarkan semangat kami mementaskan Sirah Junjungan.

“Walaupun saya cuma muncul dua kali namun saya akan pastikan kemunculan itu memberi impak kepada penonton.

 

 

“Terasa penat sangat dan kaki menggigil kerana Hendon wanita agresif yang sanggup melakukan apa saja menghalang usaha Rasulullah sebar syiar Islam,” katanya.

Wanita itu juga muncul

di tengah peperangan Uhud dan sanggup makan hati pejuang Islam. Sampai macam itu sekali jahatnya Hendon.

“Sejak sekolah saya meminati teater lantaran itu peluang yang diberikan Erma tidak akan dipersia-siakan. Saya baca skrip berulang kali untuk mendalami watak itu. Saya tidak boleh menghampakan harapan Erma, keluarga dan penonton yang datang.

“Melihatkan kerusi Panggung Sari yang lebih banyak kosong daripada terisi, saya tetap berlakon dengan bersungguh-sungguh kerana inilah yang dapat dilakukan untuk agama saya (Islam).

“Saya sudah melakukan apa yang termampu. Masyarakat kena faham teater ini tidak mempunyai bajet besar maka kami tidak mampu mengiklankannya atau pun membuat poster sepanjang jalan di Kuala Lumpur,” katanya.

Sementara itu kata Erma, sejak hari pertama pementasan dia sudah merayu kepada orang ramai supaya datang beramai-ramai menyaksikan. Tiket pun bukannya mahal macam konsert lain.

“Sebanyak mana saya merayu pun, tetapi selagi pintu hati mereka belum terbuka untuk datang menonton konsert ini, apa lagi saya boleh buat. Islam agama kita, jadi kitalah yang berhak meneruskan perjuangan Rasulullah. Saya jemput Siti, Mawi, Jamal Abdillah dan Amy untuk bersama menjayakan teater ini sebagai daya tarikan kepada penonton.

“Hari kemunculan Siti, jumlah penonton boleh tahan namun masih gagal menyaingi jumlah penonton untuk konsert dan teater yang pernah diadakan di IB,” katanya.

Kepada peminat Mawi mereka boleh menyaksikan persembahannya esok dan lusa kemunculan Amy Search.

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: