ABPBH 2008: Heela Penyeri Jelajah Promosi ABPBH

18 Mar

Oleh Rozdan Mazalan
rozdan@bharian.com.my

HEELA sering diundang menjayakan pelbagai acara hiburan sejak berusia sembilan tahun.

Dapat bimbingan komposer, Julfekar kembangkan bakat nyanyian

KEHIDUPAN gadis kecil molek ini masih sama seperti sebelum ini. Masih bersekolah dan bergaul seperti pelajar lain walaupun pada pengetahuan guru dan pelajar, Heela adalah penyanyi yang berbakat besar dalam industri hiburan.

Heela atau nama sebenarnya Shahila Shariff, 16, masih menuntut di tingkatan empat tetapi dek bakat besarnya dia sering kali diundang menjayakan pelbagai acara hiburan sejak berusia 9 tahun lagi.

“Sebelum ini saya tidak tahu yang saya boleh menyanyi. Apa yang saya tahu saya memang minat melukis dan mewarna. Saya selalu mengikuti pertandingan melukis dan mewarna dan keputusannya tidak pernah mengecewakan.

“Ketika darjah tiga, saya masih mengikuti pertandingan yang sama, tetapi pada majlis yang diadakan di sekolah itu, Mama menyuruh saya mencuba pertandingan menyanyi di sekolah.

“Kebetulan saya sangat meminati Datuk Siti Nurhaliza dan lagunya banyak yang saya hafal. Saya hanya menyanyikan serangkap saja lagu Siti dan keputusannya saya mendapat nombor satu.

“Itulah peristiwa yang paling sukar untuk saya lupakan dan sejak itu saya menyedari saya masih ada bakat lain yang terpendam selain melukis dan mewarna,” katanya yang hadir ditemani ibunya ke Balai Berita bagi mempromosikan Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH 2008).

Kehadiran Heela di setiap siri Jelajah ABPBH 2008 tahun ini amat bermakna baginya apabila penganjur memberi laluan luas untuk dia memperkenalkan dirinya kepada masyarakat.

“Saya bersyukur kerana penganjur memberi laluan kepada saya untuk mengikuti semua siri Jelajah ABPBH 2008. Peluang ini akan saya gunakan sebaik mungkin memandangkan inilah masanya saya akan memperkenalkan diri saya kepada masyarakat.

“Bukan semua pendatang baru seperti saya ini mendapat peluang yang sangat tidak ternilai ini. Dengan kesempatan yang ada inilah saya akan perkenalkan lagu saya menerusi album sulung yang bakal muncul tidak lama lagi,” katanya.

Empat lagu yang kini sudah siap dihasilkan di bawah syarikat milik komposer popular Julfekar kini sudah mula didengari di radio.

“Saya memilih genre pop komersial dengan suntikan elemen etnik. Menurut Julfekar ia sangat sesuai dengan nada suara saya yang dapat didengarnya. Selain itu, komposer lain yang akan bekerjasama menghasilkan album saya ini seperti Omar Kudat, Adex, Datu Badd dan beberapa orang lagi.

“Antara lagunya seperti Mungkinkah Yang Terindah (moderate), Kembalilah Kasih (slow), Fantasi Mimpi dan Izinkan Aku,” katanya.

Menurut Julfekar, Heena mempunyai keistimewaan dari segi vokalnya dan bakat ini sekiranya digilap akan cepat bersinar.

“Saya melihat Heena boleh pergi lebih jauh dalam industri ini. Saya mula mengenali dia ketika berjumpa dia membuat persembahan di Saloma Bistro tahun lalu. Saya dapat rasakan dia memang mempunyai bakat tetapi harus digilap.

“Saya pernah ke rumahnya dan menawarkannya untuk menjadi artis rakaman di bawah syarikat saya. Hampir tiga bulan juga saya menunggu keputusan keluarganya dan akhirnya mereka bersetuju untuk menjadi artis di bawah syarikat saya.

“Dia memang sudah mempunyai asas dalam nyanyian tetapi wajib untuk mengikuti kelas vokal. Buat masa ini saya sudah memberikan dia sebulan kelas vokal dan dia adalah antara pelajar yang paling cepat menangkap apa teknik yang betul dalam nyanyian,” katanya yang sudah mengikat kontrak selama tujuh tahun.

Info Heela

Nama Sebenar: Shahila Shariff

Umur: 16 tahun

Tarikh Lahir: 18 September 1993

Asal: Klang, Selangor

Adik Beradik: Anak kedua daripada empat beradik.

Sekolah: Sekolah Menengah Bandar Tasik Selatan

Berita Harian

One Response to “ABPBH 2008: Heela Penyeri Jelajah Promosi ABPBH”

  1. Promosi March 22, 2010 at 7:16 am #

    Blog yang bermanfaat. Saya akan datang lagi untuk membaca artikel-artikel lainnya yang ada di blog ini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: