MPAJ Tak Pernah Terima Aduan

10 Mar

KUALA LUMPUR: “Sepatutnya pemilik hotel mengetahui dan menyedari kegiatan (pelacuran) berlaku di premis mereka terutama apabila kegiatan itu pernah diserbu pihak berkuasa lain sebelum ini,” kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Datuk Mohamad Yaakob, semalam.

Menurutnya, beliau hairan bagaimana sebuah hotel yang memiliki status empat bintang boleh membenarkan kegiatan tidak bermoral berlaku di hotel mereka.

“Sepatutnya sebagai sebuah hotel yang ada nama, pemilik perlu menjaga nama baik hotel dan bukan membenarkan kegiatan pelacuran bagi mengaut keuntungan mudah.

“Secara jujur, saya mengakui tidak pernah menerima aduan kegiatan pelacuran di hotel berkenaan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Beliau diminta mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam, mengenai pelanggan elit membabitkan ahli perniagaan dan golongan kenamaan (VIP) hanya perlu menyebut ‘nama’ artis sebagai kod rahsia bagi mendapatkan khidmat seks wanita tempatan di sebuah hotel empat bintang di sini.

Pelacur kelas atasan terbabit menggunakan nama samaran seperti Ella, Mila, Siti Nurhaliza, Fasha dan beberapa nama artis terkenal tanah air bagi menarik pelanggan yang kebanyakannya memiliki harta dan rangkaian perniagaan di seluruh negara.

Mereka yang berusia 20-an hingga 40-an mampu memperoleh pendapatan RM3,000 hingga RM5,000 sebulan, tidak termasuk tip RM1,000 hingga RM1,500 sebulan yang diberikan pelanggan.

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: