Nama Artis Kod Pelacur

9 Mar

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Pelanggan elit membabitkan ahli perniagaan kaya dan golongan kenamaan (VIP) hanya perlu menyebut nama ‘artis’ sebagai kod rahsia bagi mendapatkan khidmat seks wanita tempatan di sebuah hotel empat bintang di sini.

Pelacur kelas atasan terbabit menggunakan nama samaran seperti Ella, Mila, Siti Nurhaliza, Fasha dan beberapa nama artis terkenal tanah air bagi menarik pelanggan yang kebanyakannya memiliki harta dan rangkaian perniagaan di seluruh negara.

Mereka yang berusia 20-an hingga 40-an mampu memperoleh pendapatan RM3,000 hingga RM5,000 sebulan.

Ini tidak termasuk tip bulanan RM1,000 hingga RM1,500 diberikan pelanggan yang turut menyewa bilik di situ.

Bagaimanapun, pelacur terbabit akan dibawa ke bilik khas untuk melayani pelanggan mengikut kod rahsia diberikan.

Kegiatan pelacuran untuk golongan mewah itu terbongkar apabila sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menjalankan serbuan jam 5 petang hingga 7 malam di pusat operasinya di tingkat dua hotel berkenaan, kelmarin.

Ada pelanggan kaya terbabit datang menaiki teksi kerana bimbang dikenali penghuni dan pelanggan hotel.

Bagaimanapun, ada pelanggan menggunakan kenderaan mewah seperti Jaguar, Mercedes dan BMW bernombor pendaftaran dua atau tiga angka untuk bertemu ‘artis’ pilihan mereka.

Ketua Unit Tindakan Khas Jais, Shahrom Maarop, berkata berdasarkan intipan, pelacur kelas atasan membabitkan lebih 10 ‘artis’ di hotel berkenaan didalangi seorang lelaki bukan Melayu.

“Apa yang mengejutkan, pengurus ‘artis’ terbabit menggunakan papan tanda ‘keluar’ yang ditampalkan pada pintu bilik khas berkenaan bagi mengelirukan pihak berkuasa.

“Bilik itu sebenarnya sudah diubah suai kepada beberapa ruang khas bagi membolehkan wanita yang dipesan memberikan khidmat seks kepada pelanggan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menahan 10 wanita menggunakan nama samaran artis terkenal bagi memudahkan pelanggan mengenali mereka tanpa perlu menunggu lama.

Tujuh yang ditahan adalah ibu tunggal tempatan dan baru bercerai.

Mereka ditahan kerana mencemarkan Islam dan berkhalwat.

“Wanita yang ditahan terbabit berpura-pura memberitahu hanya memperoleh pendapatan RM600 hingga 700 sebulan.

“Namun, siasatan mendapati mereka menerima RM3,000 hingga RM4,000 sebulan dengan menawarkan khidmat seks tidak termasuk tip,” katanya.

Shahrom mendedahkan ada antara wanita itu sukar meninggalkan tabiat mereka kerana dirantai pelanggan bagi mendapatkan habuan mudah.

Beliau tidak menolak kemungkinan kegiatan itu sukar ditangani berikutan adanya sokongan pelanggan berpengaruh yang menjadikan hotel itu bagi mendapatkan khidmat seks kelas atasan.

Harian Metro

One Response to “Nama Artis Kod Pelacur”

  1. hamba tuhan March 13, 2009 at 10:17 am #

    mesti masuk neraka jahanam kelak..eheh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: