Bual Produksi: Tarikan Bintang

6 Mar

Oleh Rozdan Mazalan
rozdan@bharian.com.my

AHMAD YATIM antara
bintang lama yang
turut berlakon.

Erma Fatima sanggup belanja RM1 juta demi Muzikal Sirah Junjungan Tahajud Cinta

WALAUPUN tidak menerima sebarang penaja daripada mana-mana syarikat korporat, berbanding teater muzikal komersial lain, Muzikal Sirah Junjungan Tahajud Cinta yang memperuntukkan kos sebanyak RM1 juta akhirnya bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), Isnin depan.

Sebagai negara Islam yang majoriti masyarakatnya beragama Islam, teater dakwah menceritakan kisah Rasulullah saw ini dilaksanakan atas tanggungjawab pengarah yang juga penulis skripnya Erma Fatima yang mahu dipertontonkan kepada generasi muda.

Menurut Erma, kos yang diperuntukkan agak tinggi membabitkan lebih 300 pelakon termasuk artis popular tanah air, 12 set yang besar dan tenaga kerja yang ramai adalah pementasan kedua selepas berjaya mementaskannya tahun lalu.

“Sebanyak 90 peratus pembaharuan dilakukan kali ini membabitkan banyak aspek. Antara pembaharuan yang terbesar adalah set, muzik, kostum, dan teknologi multimedia.

“Atas sebab tanggungjawab agar mesej yang ingin disampaikan lebih jelas dan meningkatkan kualiti persembahan kali ini, pembaharuan tetap dilakukan,” katanya mengharapkan jualan tiket dapat membantu menampung bayaran kos penerbitan.


SITI NURHALIZA turut
menyumbang suara
untuk teater muzikal
arahan Eirma.

Teater muzikal yang bakal dipentaskan bermula 9 hingga 22 Mac memperuntukkan sebanyak RM100,000 bagi membina 12 set saja.

“Kami masih menggunakan beberapa set lama yang diperbaharui kembali bagi mengurangkan kos, namun sebahagiannya adalah set baru yang bersaiz besar.

“Antara 12 set itu seperti Kaabah, Patung Latar Uzza, Rumah Muhammad dan Khadijah, Kota Makkah dan Madinah, set perang Abrahah, Badar dan Uhud termasuk Mimbar dan tempat perbincangan orang Muslim.

“Saya percaya dengan penggunaan set ini yang digambarkan seperti di Tanah Suci Makkah pada zaman Rasulullah, akan membantu mood pelakon dan penonton yang menyaksikannya,” katanya.


Eirma Fatima

Disamping beberapa aspek teknikal yang dilihat banyak membantu mewujudkan karakter pelakon, teater muzikal ini mempertaruhkan jalan cerita yang kuat.

“Kekuatan teater ini adalah dari segi penceritaannya yang saya percaya akan dapat meruntun hati penonton. Dengan menyuntik segala elemen penghayatan seperti gembira, takut, lucu dan yang paling ditekankan adalah kesedihan terutama babak kemangkatan Rasulullah.

“Segala yang dipaparkan lebih menjurus kepada peristiwa penting semasa di zaman pemerintahan Rasulullah di mana ada beberapa peperangan penting yang sudah tertulis di dalam al-Quran,” katanya.

Menurut Erma, biarpun pementasan ini adalah kali kedua dipentaskan, namun ia tetap tidak lari daripada cabaran yang harus ditempuhi.

“Seperti biasa, teater Islamik seperti ini jarang mendapat perhatian masyarakat berbanding teater komersial. Inilah cabaran besar yang saya harus tempuhi untuk meyakinkan kepada masyarakat bahawa selain berhibur dengan lagu dan tarian yang bakal disajikan ia adalah kisah benar yang berlaku kepada Rasulullah.

“Ia adalah cerita fakta yang dikupas daripada Sirah Rasulullah dan segala bahan untuk mementaskan teater ini mendapat kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Seperti biasa mereka akan menyaksikan beberapa hari sebelum hari pementasan untuk menyatakan apakah yang sesuai ditonjolkan dan apakah yang tidak boleh.

“Saya yakin dengan kemampuan 300 pelakon dan penari serta 42 pemuzik profesional termasuk empat penyanyi popular tanah air seperti Datuk Siti Nurhaliza, Amy, Jamal Abdillah dan Mawi dapat memartabatkan teater Islamik tanah air,” katanya.

Antara pelakon yang akan menjayakan teater ini ialah Mazlan Tahir (Narator VO Muhammad), Ahmad Yatim (Abu Talib), Rosdeen Suboh (Maisarah), Sahronizam Noor (Hamzah / Sawadah), Aman Graseka (Usman), Yus Waisar (Abu Bakar) dan Vanida Imran (Khadijah).

Selain itu, Wong Sip Nen (Umaiyah Khalaf), Lakshman (Talha/Abu Lahab), Jeganathan (Nabih/Abu Sofyan), Rabecca Nur Islam (Hendon), Jesse Lim (Najdi/Abrahah/Washi), Norsiah Yatim (Perempuan/Fatimah), Abu Bakar (Ayah/Abu Al Bakhtari) dan Taiyuddin Bakar (Bilal).

INFO: Sirah Junjungan Tahajud Cinta

Tarikh pementasan: 9 – 22 Mac 2009, jam 8.30 malam

Lokasi: Panggung Sari, Istana Budaya

Tiket: RM30, RM50, RM80, RM100, RM150 dan RM200

Pertanyaan hubungi: 03-41498600/03-41428035

Laman sesawang: sirah@ yayasansenikarya.com

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: