Jarum Emas: Sudir Jadi Penulis

22 Feb

oleh ADAM SALLEH
adam@hmetro.com.my

Rap
ANDAI hayat Sudirman ada, usianya kini 54 tahun. Yang pasti pada hari ini, 22 Februari, genap 17 tahun penghibur terbaik Asia itu meninggalkan kita.

Kian jauh Allahyarham meninggalkan kita, kian dekat hati kita kepadanya.

Setiap wartawan yang pernah berurusan dengan Sudir mempunyai cerita berbeza. Tidak terkecuali saya yang mengikuti kursus kewartawanan pada 1987 hampir tiga bulan di ibu kota, di mana Sudir antara pesertanya.

Tenaga pengajar bukan calang-calang orang seperti Tan Sri Samad Ismail, Osman Abadi, Datuk Zainuddin Maidin, Adibah Amin, bahkan sejarahwan Pak Sako turut hadir.

Sukar menidakkan, rata-rata wartawan hiburan ketika itu berbangga apabila Sudir sanggup luangkan masa belajar menjadi wartawan. Sebaik tamat kursus, Sudir menjadi kolumnis di Bacaria, saya pula bekerja di Mingguan Kota.

Oleh kerana dia artis ternama, mudah untuk Sudir menemuramah tokoh korporat, VIP malah menteri.

Ilmu diperoleh daripada kursus itu menyuntik semangat Sudir untuk menulis skrip. Ini jelas ketika bertemu Tan Sri Jins Shamsuddin, Allahyarham menyuarakan hasrat menerbitkan filem hasil skrip sendiri dan meminta Jins mengarahnya.

Dia mahu Sarimah berlakon dalam skripnya, malah Sudir sanggup menjadi penolong pengarah kepada Jins.

Apa ceritanya, saya tidak tahu. Cuma Sudir memberi buku kisah hidupnya pada saya ketika pelancaran album Atai, di mana pelbagai duka laranya sejak di kampung, menjadi bintang serta mengalami perceraian, sesuai difiksyenkan.

Pada awal kematiannya, ada usaha nama Allahyarham akan diabadikan di ibu kota sebagai mengenang jasanya, sepertimana disuarakan Datuk Bandar, Tan Sri Elyas Omar.

Sehingga kini, janji umpama mencurah air di daun keladi, malah selepas 17 tahun, status Sudir tetap Sudir.

ADAM: Salam takziah buat keluarga Datuk Siti Nurhaliza di atas kematian ayahanda tercinta, Allahyarham Taruddin Ismail.

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: