Saingan Muka Baru

19 Feb

Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

BERSAING...barisan artis yang tersenarai dalam pencalonan <br>terakhir ABPBH 2008, semalam.
BERSAING…barisan artis yang tersenarai dalam pencalonan
terakhir ABPBH 2008, semalam.

SERI KEMBANGAN: Senarai penuh pencalonan terakhir, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH 2008) bagi edisi ke-22 menyaksikan pencalonan ramai muka baru bersaing dengan nama popular sedia ada sekali gus merebut gelaran Bintang Paling Popular dalam majlis yang akan berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands pada 12 April depan.

Antara muka baru Top 5 dalam 16 kategori yang dipertandingkan ialah Juara Raja Lawak Nabil, Zizan, Aiman, Fizo Omar, Nubhan, Riz, Stacy, Aizat, Diana Danielle, Lisa Surihani, Sari Yanti, Scha, Ayu One In A Million (OIAM), Liyana Jasmay, Juliana Evans, Nurul Alis dan Amyza Aznan.

Tidak ketinggalan, Estranged, Fabulous Cats, Hujan, Meet Uncle Hussain, Norkhiriah, Ruminah Sidek, Sheila Mambo dan Akhil Hayy.

Ketika ditemui, Nabil yang pertama kali dicalonkan menerusi dua kategori iaitu Artis Komedi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular berkata, dia tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk menang pada acara berprestij itu nanti.

“Saya baru 11 bulan berkecimpung dalam bidang seni berbanding artis popular lain disenaraikan. Sebagai orang baru, saya tidak kejar populariti kerana apa yang penting saya bekerja keras mencari duit menyara keluarga.

“Antara artis memberi saingan sengit kepada saya ialah Saiful Apek, AC Mizal dan Afdlin Shauki. Jika saya menang, ia satu bonus buat kerjaya seni,” katanya.

Bagaimanapun, dua artis popular tanah air iaitu Bintang Paling Popular ABPBH tiga tahun berturut-turut sejak 2005, Asmawi Ani atau Mawi juga tersenarai Top 5 bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular dan penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin disenaraikan dalam kategori Penyanyi Wanita Popular.

Majlis pengumuman lima finalis ABPBH 2008 diumum Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Manja Ismail merangkap Penaung Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2008 di Hotel Palace Of The Golden Horses di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Hishamuddin Aun dan Pengarang Hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah selaku Pengerusi ABPBH 2008.

ABPBH 2008 bakal menyaksikan 16 kategori dipertandingkan. Kategori terbabit ialah Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular, Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular, Penyanyi/Artis Nasyid Popular, Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Lelaki Popular, Pelakon TV Wanita Popular, Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Baru Wanita Popular.

Selain itu, kategori Pelakon Komedi Lelaki Popular, Pelakon Komedi Wanita Popular, Pengacara TV Lelaki popular, Pengacara TV Wanita popular, Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular.

Barisan penaja yang menjayakan malam kemuncak anugerah ABPBH 2008 ialah Kota Keriangan Genting Highlands (lokasi rasmi), TV3 (penyiar TV rasmi), Hot FM (radio rasmi), Empire Furniture & Decoration Sdn Bhd (penaja perabot), Cosmopolitan (penaja Pamper Suite untuk selebriti di Genting Highlands), Pos Malaysia Berhad, JVC Sales & Services (M) Sdn Bhd (penaja barangan elektrik).

Hotel Palace Of The Golden Horses yang juga hotel rasmi sidang media ABPBH 2008 turut menaja pakej penginapan mewah 3 hari 2 malam di ‘Head Of State Suite’ untuk pemenang Bintang Paling Popular ABPBH 2008.

Borang peraduan Undi dan Menang pencalonan akhir ABPBH 2008 disiarkan dalam Berita Harian/Berita Minggu bermula hari ini hingga 3 April nanti.

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: