Belasungkawa Tarudin Ismail (1942 – 2009): 'Saya Kuat Kerana Abah'

17 Feb

Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my

Rap
PEMERGIAN bapanya, Tarudin Ismail, 67, ke alam barzakh, di Unit Rawatan Rapi, Hospital Ampang Puteri akibat komplikasi jantung, buah pinggang dan kencing manis, kelmarin, begitu dirasai Datuk Siti Nurhaliza, 30. Air matanya tidak berhenti menitis di pipi.

Semakin deras air matanya mengalir tatkala mengenangkan pengorbanan Allahyarham yang tidak jemu mengetengahkan bakat nyanyiannya sehingga dia berjaya muncul penyanyi nombor satu negara serta melakar pelbagai kejayaan di dalam dan luar negara.

Dalam nada suara perlahan dan berselang-seli dengan esakan, Siti berkata, Allahyarham selalu membawanya menyertai pertandingan menyanyi dan banyak memberi dorongan kepadanya.

“Abah banyak memberi semangat dan dorongan kepada saya. Allahyarham selalu kata ‘Siti adalah abah sebab abah adalah Siti’. Saya sendiri dapat merasakan banyak mewarisi sifat abah terutama kekuatan dan semangatnya.

“Saya menjadi kuat kerana abah. Walaupun abah nampak garang, jiwanya sangat sentitif terutama perkara yang membabitkan anaknya. Sekecil manapun musibah yang menimpa anaknya, abah orang pertama akan menangis,” katanya.

Mengenai kenangan terakhir bersama ayahnya, kata Siti sebelum ayahnya disorong ke bilik pembedahan, arwah sempat bergurau dan minta Siti jangan menangis kerana dia belum mati lagi.

“Saya serta seluruh keluarga juga berharap abah akan sembuh seperti biasa selepas menjalani pembedahan pintasan jantung dan kami akan membawa abah pergi memancing kerana itulah hobinya dari dulu.

“Abah suka memancing bersama Abang Ayie (Saiful Bahri). Malah dua hari sebelum dimasukkan ke hospital, abah pergi memancing bersama Ayie di Klang. Tetapi Allah lebih menyayangi abah dan dia pergi dulu meninggalkan kami. Saya reda dengan pemergian abah, namun tidak puas menjaganya kerana beliau pergi terlalu cepat.

“Walapun doktor beritahu peluang untuk abah sembuh cuma lima peratus tetapi kami yakin abah akan sembuh kerana pesakit di katil sebelah abah yang baru menjalani pembedahan sama beransur sihat.

“Selain masalah jantung, kebanyakan organ penting dalam tubuh abah seperti buah pinggang dan paru-paru gagal berfungsi dengan baik. Abah juga menghidap kencing manis,” katanya.

Tarudin dilahirkan di Matang, Perak pada 11 April 1942 dan memulakan kerjaya sebagai polis. Beliau meninggalkan seorang balu, Salmah Bachik, 57, dan enam anak (tiga perempuan, empat lelaki). Empat daripada mereka bergiat dalam seni, Saiful Bahri, Siti Nurhaliza, Siti Nor Saida dan Siti Sairah.

Tambah Siti, walaupun mereka adik-beradik ingin mengebumikan jenazah Allahyarham di KL (Kuala Lumpur) kerana mereka semua menetap di sini, namun ibunya, Salmah, berhasrat untuk membawa balik jenazah bapanya ke Kuala Lipis, Pahang.

“Ada juga cadangan untuk mengebumikan jenazah abah di kampungnya di Perak, namun abah sudah lama menetap di Kuala Lipis sehingga beliau pencen polis, jadi lebih baik jenazahnya dikebumikan di Kuala Lipis. Kawannya juga ramai di sana.

“Selepas ini kami mahu emak tinggal di KL kerana tiada siapa menemaninya di sana tetapi apapun terpulang kepada emak dan kami tidak mahu memaksanya. Begitu pun, kami adik-beradik tidak akan membiarkan emak bersendirian,” katanya.

Datuk Mohd Khalid Jiwa pula berkata, masih ada dua tiga perkara membuatkan Siti rasa terkilan kerana Allahyarham teringin hendak melihat cucu (anak Siti) dan beliau kata, teruskan berikhtiar.

“Beliau juga mahu menunaikan fardu haji tahun ini. Oleh itu, Siti dan Ayie sudahpun merancang untuk pergi menunaikan rukun Islam kelima itu bersamanya. Namun hajatnya tidak kesampaian.

“Selain itu, beliau juga minta saya buka satu syarikat kerana dia ingin mengusahakan perniagaan berasaskan pertanian di Kuala Lipis. Allahyarham menamakan syarikat itu Saldin (Salmah dan Tarudin).

“Syarikat itu untuk masa depan isteri dan anaknya. Walaupun beliau sudah tiada, tetapi impiannya itu akan saya teruskan,” katanya yang bertemu arwah kali terakhir ketika balik ke Kuala Lipis, minggu lepas.

Antara kenangan Khalid bersama bapa mentuanya itu, pernah suatu hari Allahyarham minta Khalid menggantikan tayar keretanya yang sudah agak rosak. Bagaimanapun, kebetulan keesokan harinya, Khalid terpaksa menghadiri mesyuarat dan tidak dapat menghantar orang untuk menukar tayar itu.

“Rupa-rupanya beliau tukar sendiri tayar keretanya. Apabila saya berjumpanya, beliau melayan saya macam biasa tetapi saya pula terasa bersalah. Allahyarham sangat sensitif,” katanya.

Sementara itu, isteri Ayie, Rozie Abdul Razak yang juga pengurus Siti berkata, dua tiga bulan kebelakangan ini, Allahyarham kerap datang ke KL bersama ibu mentuanya.

“Apabila ke sini mereka menginap di rumah Siti di Cheras bersebelahan rumah saya dan saya akan menghabiskan masa bersama mereka di rumah itu. Pernah juga abah menyebut mengenai mati tetapi kami tidak mahu terlalu memikirkannya.

“Kalau abah ada di KL, Ayie akan menemaninya pergi memancing. Dah puas memancing di KL, abah balik ke Kuala Lipis. Dia juga beritahu Ayie, jika abah tiada, hanya inilah kenangan (memancing) abah tinggalkan untuk Ayie. Mereka berdua sangat rapat,” katanya.

Jelas Rozie, sewaktu Allahyaryam disahkan meninggal, dia lihat ibu mentuanya sangat kuat.

“Kami semua menangis tetapi saya tengok emak tenang. Saya tahu emak lagi sedih kerana yang pergi itu adalah suaminya. Mungkin emak berusaha menyembunyikan kesedihannya depan kami,” katanya.

Harian Metro

7 Responses to “Belasungkawa Tarudin Ismail (1942 – 2009): 'Saya Kuat Kerana Abah'”

  1. mustang February 20, 2009 at 1:31 pm #

    well makmenti. kalau dah tahu abah lu sangat sensitif kenapa masih lagi tunjuk degil dengan org tua lu. lu tau dia memang tak setuju lu kahwin dgn khalid tapi….

    si khalid plak satu hal. kata org yg banyak cable. so kenapa lah lu tak guna utk arwah bapak lu.

    dlm hal ni lu org berdua pk sendirilah.. otak ada jangan asik sibuk cari duit kesana kemari kejar harta kekayaan sampai hati org tua lu tak jaga…

  2. Difasweet February 22, 2009 at 1:07 pm #

    Ass.aq sbg fans n0.1 kak ct turut berduka cita atas kematian ayahanda ct.kak ct hrs sabar n kt berdoa bsm agar beliau tenang d’atas sana.kak ct hrs ingat semua yg ada d’dunia ini milik Allah…n skrg kak ct sayangilah ibu ct lebih dr dulu.tuk mustang lu jgn beikata seperti itu..seharusnya kau doakan smoga allahyarham damai d’sana n kluarga ct dpt sbr..ingat,itu suatu dosa.

  3. mustang February 22, 2009 at 6:34 pm #

    adik manis sweet, gua dah sedekah fatihah kat arwah makmenti.

    disini ceta gua hanya utk makmenti. walau berduka dan menangis dgn airmata darah sekali pun dah tak guna. waktu arwah masih ada lu pernah menentang dan kepala ada batu bila arwah pesan sama lu. lu ceta “ct adalah abah dan abah adalah ct”

    kalau anak bapak harus dgr cakap org tua. bila baca statement lu kat atas ni buat gua makin bengang… lu ceta utk apa ya???

  4. ratno February 24, 2009 at 5:06 pm #

    ibu masih ada lagi, laki pon ada lagi…masih ada lagi
    tempat bermanja….jgn sibok nak cari harta menimbung

  5. kutum March 6, 2009 at 2:11 pm #

    mengada-ngada ct dgn laki dia…sibok cari harta
    kat KL, org tua dia pon tak de masa nak jenguk….
    kalau nak sedih pon sedih je lah dgn laki beriman tu….
    bapak dia mesti sedih sebab anak dia sejak kahwin,
    jarang balik kampung….sejak2 ni barulah sibok nak
    balik…jagalah mak tu dikampung, jgn sibok2 nak nyanyi
    pulak….bagi can org lain lah, harta menimbun pon tak
    guna

  6. Nur March 13, 2009 at 4:29 pm #

    Astagfirullahhalazim…. apa la koorg ni… bawak2 la beristigfar & mengucap… ni hal kematian bapa CT jgn lah dibuat cemuhan kpd dia. Apa yg terjadi adalah hal peribadi dia jgn di tambun dosa ko org. Soal bisnes ke ape ke benda skali pun adalah perkara yg memerlukan perancangan teliti bkn boleh main trus buat jer. so kalo ko org x tau jgn buat dosa atas perkara yg ko org x pasti

  7. msofea March 13, 2009 at 5:04 pm #

    ada saper2 tahu macam mana nak upload new comment x? How to create new comment title?
    Thx

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: