Dengarnya…: Salam Takziah Kepada Siti Nurhaliza

16 Feb

CIK Normah sampaikan ucapan takziah kepada Datuk Siti Nurhaliza di atas pemergian bapa kesayangannya, Taruddin Ismail kerana sakit jantung di sebuah hospital pagi kelmarin. Cik Normah faham pemergian Taruddin amat dirasai oleh Siti kerana Allahyarham bapanya itu adalah antara orang penting di sebalik kejayaan Siti dalam dunia seni tanah air.

Malahan arwah bapanya juga tidak jemu-jemu memberi sokongan dan nasihat kepada Siti dalam dunia seni ini.

Kira-kira sebulan yang lalu, Cik Normah memang pernah ada jumpa dan bersalaman dengan arwah Taruddin yang ketika itu turut hadir di majlis pelancaran album terbaru Siti iaitu Lantera Timur. Tapi waktu itu, Cik Normah pun tidak sempat hendak berbual panjang dengan Allahyarham.

Cuma apa yang Cik Normah nampak pada waktu, memang arwah kelihatan senyum dan puas apabila melihat album terbaru Siti itu dilancarkan. Tersenyum puas dan bangga kerana Siti bukan saja seorang penyanyi yang berjaya dalam muzik pop tetapi juga turut mengembangkan muzik tradisional.

Cik Normah harap pemergian ayah tersayang itu tidak akan melemahkan semangat Siti Nurhaliza untuk terus berada dalam persada seni. Memang Cik Normah faham sangat untuk menerima kenyataan kehilangan orang paling disayangi bukanlah mudah.

Macam manapun, Cik Normah kenal Siti adalah seorang yang tabah. Walaupun terlalu sedih, tetapi Siti seorang yang cekal dan Cik Normah percaya Siti reda dengan ketentuan Illahi.

Berita Harian

One Response to “Dengarnya…: Salam Takziah Kepada Siti Nurhaliza”

  1. mustang February 20, 2009 at 1:19 pm #

    takziah.

    anyway, jika kau atau aku atau kamu pernah melawan kata atau derhaka pada org tuamu, maka kau akan merasa kehilangan besar org yg kau sayang dan kau juga akan rasa bersalah…..

    ini ingatan utk aku dan juga pada mereka yg masih ada mak bapak, ingatlah…jagalah hati mereka sblm mereka pergi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: