Fida Nafi Cuba Tipu Masyarakat

15 Feb

Teks oleh Razif Rosdi

Apabila juara pertandingan Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007, Rafidah Hj Ibrahim atau Fida mengakui baru-baru ini bahawa dia sebenarnya saudara pangkat sepupu kepada penyanyi tersohor, Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin, ramai peminat terkejut dan menganggap mereka telah tertipu selama ini.

Bagaimanapun, bagi menjelaskan keadaan sebenar, Fida yang dihubungi murai.com.my menjelaskan kenapa baru sekarang dia mengakui ada pertalian dengan penyanyi terkenal itu.

“Fida rasa dah sampai masa Fida jelaskan semuanya. Pertama sekali Fida sendiri tidak menyangka bahawa kami rupa-rupanya ada pertalian saudara. Ini kerana arwah Pakcik Taruddin (ayah Dato’ Siti) ada hubungan saudara dengan ibu Fida (Hajah Norimah Derani) tapi mereka sudah lama renggang daripada keluarga gara-gara bertugas dulu.

“Bukan itu saja, ada seorang makcik Fida juga berkahwin dengan pakcik Dato’ Siti. Namun semua persaudaraan ini tidak pernah pun Fida bincang dengan Dato’ Siti. Kebetulan ketika pertandingan anjuran Pantene itu, Fida telah memakai tudung menyebabkan Dato’ Siti tidak perasankan Fida walaupun Fida pernah berjumpa beliau sebagai peminat ketika tidak bertudung dulu.

“Selama ini Fida tidak pernah mendedahkan hal ini – sama ada mengiya atau menafikannya. Orang juga tidak pernah bertanya Fida hal ini. 

“Bagi Fida, segala kemenangan Fida dalam pertandingan itu dulu bukannya pilihan Dato’ Siti secara 100 peratus. Ia bergantung kepada keputusan penganjur dan undian SMS. Kalau Fida nak tumpang populariti Dato’ Siti, dari awal-awal lagi Fida dah cakap Fida saudara pangkat sepupu kepada Dato’ Siti.

“Fida harap pengakuan ini menjawab segala tuduhan yang mengatakan semua ini ada pakatan atau konspirasi. Alhamdulillah, selepas pertandingan itu, barulah Fida ceritakan kepada saudara-mara Dato Siti tentang hal sebenar dan kami semakin akrab.

“Sekarang, Fida juga semakin rapat dengan Ali dan Kak Rozie,” jelasnya. 

Murai

5 Responses to “Fida Nafi Cuba Tipu Masyarakat”

  1. ratno February 17, 2009 at 9:27 am #

    mustahil pulak tak tau..betul tak?

  2. aku beb February 28, 2009 at 8:30 pm #

    banyak la tak tau..setau aku, yg tak bersedara pun mengaku sedara dengan artis ni..ni kn yang tentu alah bersedara, xkan la mak ayah si fida ni tak bagitau..adei, nak menipu pun, berpada2 la..patut la dia menang..

  3. hamba allah September 2, 2010 at 8:09 pm #

    hanya dia dan allah je tahu… fidh menang pentene pun dh jd rezeki dia…🙂

  4. ielaleiya September 4, 2010 at 4:05 pm #

    memang ade yang bersaudara tapi tak tau. sebab mak diorang anggap benda tu tak penting dan tak kan ade benda besar akan jadi kalau hal tu tak di bagitau.. tapi last-last baru tau yang mereka ade pertalian darah. jangan mudah nak tuduh orang ye…

  5. akubenci**** September 22, 2010 at 4:22 pm #

    mmg fida ni menipu..aku 1 kolej ngn dier dulu..mase kt kolej dulu dier dah kecoh yg dier 2 sepupu ct..ni dah jd artis,tb2 plak kata xtau yg dier bersaudara..ermm..ni dah jd artis tb2 plak kuar citer lain.cari publisiti murahan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: