Bapa Siti Nurhaliza Meninggal Dunia

15 Feb


SITI Nurhaliza bersama nenek, Teh Ahmad (dua dari kanan) menyiram air mawar ke pusara Tarudin sambil disaksikan Khalid (dua dari kiri) dan Salmah (kanan) sebaik jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tempoyang, malam tadi.

AMPANG: Bapa kepada penyanyi popular negara, Datuk Siti Nurhaliza, Tarudin Ismail, 67, meninggal dunia akibat serangan jantung, komplikasi buah pinggang dan kencing manis di Hospital Ampang Puteri, di sini jam 11.50 pagi, semalam.

Turut berada di sisi Allahyarham ketika menghembuskan nafas terakhir ialah ahli keluarga dan sanak-saudara.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Salmah Bachik, 57 dan enam anak.

Jenazah dibawa pulang ke kampungnya di Kuala Lipis, Pahang petang semalam selepas dimandikan dan disembahyangkan di kediaman milik menantunya, Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K di Bukit Antarabangsa.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tempoyang, Kuala Lipis selepas solat Maghrib.

Sementara itu, Siti yang ditemui memberitahu bapanya rebah selepas mengalami serangan jantung sejak pagi Jumaat lalu sebelum ke Hospital Ampang Puteri.


Tarudin Ismail

Katanya, bapanya kemudian menjalani pembedahan pintasan jantung yang dilakukan pada petang sama.

Bagaimanapun, kata Siti, apabila pembedahan selesai, bapanya mula tidak sedarkan diri sehinggalah pihak hospital mengesahkan meninggal dunia pagi semalam.

“Kami sekeluarga reda dengan pemergian bapa. Bapa sempat bergurau sebelum dia ke bilik pembedahan. Malah, dia sempat berkata kepada Siti, yang dia belum mati lagi dan tak perlu menangis.

“Kami juga sempat mengusik sesama sendiri untuk mengajaknya pergi memancing selepas ini kerana arwah bapa memang gemar melakukan aktiviti itu.

“Tapi Tuhan lebih sayangkannya dan kehilangan bapa dalam sekelip mata dengan tiba-tiba.

“Sepanjang hari kelmarin, ruang wad hospital menempatkan bapa ini dipenuhi dengan keluarga dan kaum kerabat Siti. Pada saat bapa berada dalam keadaan kritikal, seluruh insan yang menyayanginya berada dekat untuk menatap wajahnya.

“Biarpun adik beradik Siti ramai yang berada di Kuala Lumpur tapi demi memenuhi permintaan emak, kami semua sepakat untuk mengebumikan jenazah di Kuala Lipis,” katanya dalam nada sebak.

Turut menziarahi jenazah Taruddin ketika dibawa ke rumah menantunya ialah Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalid Yaaob dan isteri serta Datuk Shah Reza, selain rakan seperti Noniswara, Farahdhiya dan pereka fesyen, Radzuwan Razwill.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: