Ayah Siti Nurhaliza Meninggal Dunia

15 Feb

GAMBAR ATAS:  Kenangan Siti bersama arwah ayahnya, ibu serta anak-anak Datuk K ketika majlis hari jadi Siti pada tahun lalu.

 

Teks oleh Roslen Fadzil

KUALA LUMPUR, 15 Februari 2009:  Sesudah menjalani pembedahan bypass jantung, ayah penyanyi terkenal Dato’ Siti Nurhaliza, Tarudin Ismail, 67, telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.50 pagi tadi (Ahad) di Hospital Ampang Puteri.

Allahyarham Tarudin, bekas anggota polis, meninggal dunia akibat serangan jantung serta komplikasi buah pinggang dan penyakit kencing manis.

Mengesahkan berita menyedihkan itu kepada murai.com.my, sebentar tadi, kakak ipar Siti, Rozie, berkata Allahyarham mengembuskan nafas terakhirnya di sisi isteri, Siti Salmah Bachik serta anak-anaknya. Beliau mempunyai 7 anak dan 10 cucu.


“Ayah meninggal dunia dengan tenang dan seolah-olah tahu dia akan pergi buat selama-lamanya. Dia juga sempat berkata, ibu (Salmah) akan kehilangan seorang sahabat dan Ayie tidak ada kawan lagi untuk memancing ikan.

“Selain itu, dia turut berpesan kepada Siti (Nurhaliza) agar janganlah menangis,” kata Rozie dalam nada terharu.

Kata Rozie, Allahyarham telah menjalani pembedahan bypass jantung tetapi keadaannya bertambah kritikal sejak semalam.

“Pembedahan bypass jantung itu memang berisiko tinggi tetapi ayah sendiri yang mahukan pembedahan itu. Walaupun semua anak-anaknya tidak berani menurunkan tandatangan, ayah tetap rela dibedah. Apapun kami sekeluarga menerima ini sebagai ketentuan takdir,” kata Rozie lagi.

Katanya, jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di kediaman Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa di Bukit Antarabangsa, Ampang dan akan dikebumikan lewat petang ini.

Takziah dari murai.com.my buat keluarga Dato Siti dan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke roh Allahyarham, amin…

 

Murai

6 Responses to “Ayah Siti Nurhaliza Meninggal Dunia”

  1. wulan February 16, 2009 at 9:06 am #

    salam takziah buat kak ct sekeluarga, moga tabah & terus bersemangat dalam meneruskan kehidupan…… setiap yg bernyawa pasti akan menemui mati…..maka kita yg idup perlu tingkatkan amal ibadat & redha dgn segala ketentuan Illahi….al-Fatihah……….

  2. Genius.YYY February 16, 2009 at 12:44 pm #

    takziah utk keluarga allahyarham.

  3. .RINA February 16, 2009 at 2:44 pm #

    salam takziah uat ct skeluarga dgn pemergian ayah tercnta,smoga tabah dan sabar menghadapi apa jua dugaan yg dtg insyaallah mungkin ada hikmah disebalik apa yg berlaku.saya juga telah kehilangan ayah tercinta pd tahun 2007 dan selang dua minggu kemudian nenek trsayang lak pergi meninggal kan kami pada tahun yg sama…..apa yg harus kami buat hanya sabar dan redha dengan permegian mereka.

  4. syaee February 16, 2009 at 2:47 pm #

    salam takziah buat kak siti sekeluarga dan al-fatihah utk arwah…

  5. agk7777 February 16, 2009 at 5:27 pm #

    Death is life’s way of telling you you’re “fired”.
    So never cling to fame. You’re just borrowing it.
    It’s like money. You’re going to die, and somebody else is going to get it. Get it, CT??

    May God give him eternal rest & may his soul rest in peace!

  6. caer crew uitm johore February 16, 2009 at 11:53 pm #

    salam takziah dr kami…al-fatihah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: