Pak Ngah Sibuk Cari Bakat Baru

9 Feb

Oleh Rozdan Mazalan
rozdan@bharian.com.my

SEBAHAGIAN daripada penari Swatari yang dipanggil untuk membuat persembahan.

Kelas dibuka kepada kanak-kanak 6 hingga 12 tahun serta orang dewasa untuk sesi pengambilan 2009

SEBAGAI pertubuhan yang melatih dan mendidik bakat baru dalam aktiviti kesenian setiap tahun, Swatari yang bernaung di bawah syarikat PakNgah Production Sdn Bhd kini membuka pengambilan baru untuk mereka yang berminat.

Swatari yang sudah bergiat selama lapan tahun dengan menganggarkan melatih lebih kurang 1,500 kanak-kanak dan dewasa sekitar Kuala Lumpur dan Selangor menyertainya memperkenalkan dua tahap pembelajaran iaitu Asas dan Lanjutan.

Pengarah PakNgah Production Sdn Bhd, Datin Sharifah Mahani Syed Kassim atau Mak Ngah berkata, pihaknya kini membuka peluang kepada pelajar baru untuk mengikuti kursus yang disediakan bagi sesi 2009.

“Kelas ini dibuka kepada kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun dan juga dewasa (tanpa had umur) bermula Sabtu dan Ahad lalu, namun kami masih membuka peluang kepada yang berminat untuk mendaftar.

“Kami menyediakan kelas Asas Tari seperti inang, joget, zapin selain kelas asas dan lanjutan bagi Mak Yong dan kelas khas teater kanak-kanak.


SWATARI dedah generasi muda terhadap tarian tradisional.

“Kami juga mempunyai seramai lima tenaga pengajar profesional selain tenaga pengajar jemputan untuk membimbing semua pelajar kami sehingga berjaya,” katanya.

Swatari yang kini mempunyai seramai 30 penari dewasa dan 50 penari kanak-kanak dipilih untuk diletakkan dalam kumpulan utama dan didik seorang koreografer sepenuh masa.

Menurutnya, Swatari ditubuhkan untuk menarik minat generasi masa kini untuk mengenali dengan lebih dekat mengenai kesenian dan kebudayaan melalui program pembelajaran jangka pendek asas tari joget, zapin dan inang.

“Mereka yang mengikuti program sepenuh masa ini akan mengikuti persembahan kebudayaan di dalam dan luar negara.

“Kami juga pernah mencapai pencapaian yang membanggakan seperti memenangi anugerah persembahan terbaik Juara Lagu ke-17 bagi lagu Nirmala yang dinyanyikan oleh Datuk Siti Nurhaliza, memenangi piala emas dalam kategori persembahan terbaik dalam Asia Pasifik Youth Arts Festival yang berlangsung di Shenzhen, China dan mewakili negara dalam Dream Stage of Asian Children Festival 2008 di Tokyo, Jepun,” katanya.

Selain itu persembahan yang pernah disertainya seperti Pelancaran dan Penutupan Bulan Kemerdekaan, Hari Kebangsaan, Citrawarna, Juara Lagu 2005, Persembahan Kebudayaan sempena OIC, Dikir Barat Kebangsaan, dan Konsert Diraja.

Bagi mereka yang berminat untuk mendaftar bagi pengambilan sesi 2009 boleh berbuat demikian dengan hadir ke PakNgah Production Sdn Bhd, Prima Setapak Business Centre, 30-1 Jalan Prima Setapak 3, Off Jalan Genting Klang atau menghubungi di talian 03-40237978 atau boleh menghubungi 019-3819349 (Mak Ngah).

Berita Harian

One Response to “Pak Ngah Sibuk Cari Bakat Baru”

  1. nad December 25, 2010 at 1:29 pm #

    salam..sy bru lpasan spm,sy memg mnat menari,lau bleh sy nk mandalami ilmu tarian tradisional melayu kita dgn lbih mandalam.cane sy nk blajar?lau kat pak ngah production terima x?cane nk apply kemasukan ke pak ngah production?berapa yuran pendaftaran n ape syarat2..thanks..nad hope ada insan yg memahani mnat nad ni..salam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: