Ruang Buat Coda

6 Feb

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my


CODA terdiri daripada (dari kiri), Akir, Freddy, Ejam, Fahimie dan Jashir.

BERNAUNG di bawah Siti Nurhaliza Production (SNP), bagaikan sebuah mimpi indah yang menjadi kenyataan. Itulah yang terjadi kepada lima anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai Coda.

Bukan lagi sekadar angan-angan, sebaliknya kini mereka boleh berbangga dengan pencapaian diri sementelah diberi perhatian dan dijaga oleh SNP.

Coda yang dianggotai oleh Fahimie (vokalis), Akir (gitar utama), Jashir (bass), Freddy (gitar) dan Ejam (dram) mula serius dalam bidang muzik apabila menyertai pertandingan realiti Blast Off 2007 anjuran Astro dan Rhythm Of Champion 2006 anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Bermula detik itu, muzik yang pada mulanya dijadikan sekadar hobi pada masa lapang, kini bertukar menjadi kerjaya serius yang memberi kepuasan serta keuntungan lumayan buat mereka.

“Mula-mula memang sebagai hobi, masuk pertandingan pun suka-suka saja, kerana kami memikirkan kalau mahu serius harus ada dana yang besar, itu masalah kami.

“Tetapi, apabila mendapat tawaran menjadi artis rakaman SNP, kami mula berfikir, betul atau tidak jalan yang kami pilih kerana ketika itu masing-masing sudah mempunyai kerjaya tetap.

“Bila difikirkan dengan mendalam, peluang begini hanya datang sekali seumur hidup, sebab itu kami ambil bukan hanya untuk mengembangkan bakat seni tetapi juga tertarik dengan tawaran yang diberikan SNP,” ujar Fahimie yang juga bekerja sebagai arkitek.

Meskipun bernaung di bawah SNP, ia bukanlah satu jalan yang mudah untuk mereka, sebaliknya usaha keras diperlukan untuk setiap populariti serta kejayaan yang bakal diraih.

“Memang kami di bawah bumbung SNP, semua orang tahu Siti terkenal, tetapi tidak semestinya bernaung di bawah orang terkenal membuatkan kami dapat kejayaan dengan mudah.

“Kami artis berkumpulan, sekarang ini banyak kumpulan yang bagus berada di pasaran, jadi kami kena bersaing untuk memberi yang terbaik daripada segi kualiti lagu dan persembahan. Siti sudah bagi ruang dan peluang, jadi kami harus gunakannya dengan baik,” tutur Fahimie.


MENJADI artis di bawah naungan Siti Nurhaliza Production tidak meletakkan Coda di zon selesa.

Sungguhpun ini kali pertama mereka menjadi artis rakaman, mereka telah dibenarkan oleh SNP untuk menyumbang enam buah lagu hasil ciptaan mereka sendiri.

“Enam lagu itu kami cipta sejak kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 2006, dan bila ada peluang untuk merakam album kami berpuas hati kerana lagu kami diterima, walaupun bukan untuk keseluruhan album, ia sudah memadai,” ujar Akir.

Selain enam lagu itu, album sulung yang berjudul Retorik Audio turut mendapat sentuhan Tam Spider, Aidit Alfiandan dua komposer Indonesia Katon Bagaskara serta Taufik.

Album yang diterbitkan oleh Aznan Alias itu dijangka berada di pasaran dalam bulan ini dan Coda sudah pun menarik perhatian ramai menerusi dua single hit mereka yang berjudul Buai dan Bila Matamu Tersenyum.

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: