Soseh Soseh: Sheila Ikhlas Bertudung

3 Feb

Rap
SS dapat tahu Sheila Rusly terkilan apabila ada peminat mempertikaikan penampilannya dalam drama Anak Betung yang kini disiarkan menerusi slot Lagenda TV3, Isnin hingga Khamis, jam 4.30 petang.

Dalam drama itu, Sheila pegang watak ahli sihir bernama Malika. Untuk membangkitkan elemen seram dia bergaun hitam, berskaf dan berselendang panjang rona hitam.

Sehelai rambut pun tidak keluar daripada skafnya kerana dalam keadaan apapun dia sentiasa menjaga imej bertudung.

Tetapi itulah, pandangan manusia ini lain-lain. Kalau dulu orang kata rambut sama hitam namun hati lain-lain. Bagaimanapun sekarang rambut pun tak sama hitam lagi. Ada yang warnakan rambut dengan warna perang, merah atau biru. Pink pun ada. Jadi tentu saja pemikiran manusia pun tak sama. Ada yang kata ok, ada yang kata tak ok.

Sheila tak kisah jika peminat mengkritik lakonannya cuma dia tidak berapa suka apabila mereka menuduhnya dah mula pakai tudung macam Datuk Siti Nurhaliza yang selalu menampakkan jambulnya. Bagi Sheila siapa hendak pakai tudung macam mana itu hak masing-masing. Tepuk dada tanya iman.

Isteri kepada Jinggo yang juga pengarah drama itu meluahkan isi hatinya pada rakan SS baru-baru ini. Katanya kepada rakan SS, dia ikhlas bertudung dan tidak terlintas di hatinya untuk mempermainkan hukum Allah. Dia tidak sanggup membuka tudung semata-mata untuk berlakon kerana walaupun bertudung dia masih boleh meneruskan kerja seninya seperti biasa.

Malah selepas balik haji, rezeki pasangan suami itu melimpah ruah. Ada saja idea mereka untuk menyemarakkan dunia seni tanah air.

Harian Metro

8 Responses to “Soseh Soseh: Sheila Ikhlas Bertudung”

  1. kinte February 4, 2009 at 12:11 pm #

    tudung sheila rusly lebih sopan dari ctot

  2. mustang February 5, 2009 at 1:40 am #

    gua tak pernah plak nampak sheila pakai tudug mcm mak menti…. jauh panggang dari api…. kalau berskop tu ada le tapi idak le sampai berjambul. mak ment pakai serkop pasal dia perasan cantik. kalau tutup penuh confirm dia malu muka nampak tua.. takut laki lari baik dia stand by awai2… maklumlah misai bukan suka perempuan bertudung. jatuh status…..

  3. kekwa February 6, 2009 at 10:04 am #

    ct menti tu tak ikhlas bertudung….dia nak show-off yg dia pakai tudung fashion apa pon nampak lawa….saja nak nunjuk kat peminat2….takut jatuh std kalau
    tutup semua…..lagi pon nak show-off subang lanjut….kawin pon dgn laki menggatal

  4. sitot February 7, 2009 at 10:40 pm #

    hi korang semua…lama dah tak datang sini…

    tuan rumah, saya rasa baik semua orang yang ada kat sini baca yang ni, macam ditujukan utk siti ajeee… heheheeh..

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm

  5. kekwa February 10, 2009 at 3:52 pm #

    agreed with u sitot….ditujukan khas utk org yg merampas suami org…..kan dah kantoi namanya

  6. mustang February 11, 2009 at 12:08 am #

    bagi gua memang sesuai utk mak menti ni tapi mana2 artis atau perempuan2 yg dah terikut pakai mcm mak menti ni so sila2 kanlah ya beli tudung dan kain yang berela kasi tutup itu rambut dan punggung. =)

  7. intan payong February 17, 2009 at 8:17 pm #

    ye la sheila rosli tu pakai tudung penoh je tak de pun terkeluar jambolll

  8. mustang February 20, 2009 at 1:23 pm #

    makcik intan.. lu kalau ada sheila pakai tudung berjambul tolong silakan tunjuk kat rumah tuan khemah ni. kasi semua org percaya atau tidak dia perna pakai mcm tuh. but u hv 2 makesure gambar tuh lu tunjuk selepas dia pakai tudung. karang tak pasal2 plak lu tunjuk gambar berjambul zaman dia bujang… hancussss

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: