Impian Jadi Realiti

19 Jan

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my

DIANA yang
menggunakan
khidmat Octave
berharap akan
menyerlah dalam
bidang nyanyian.

Keinginan Diana Danielle menjadi penyanyi bukan lagi cakap kosong

BUKAN lagi cerita kosong, nampaknya hasrat Diana Danielle untuk merealisasikan impiannya sebagai penyanyi bakal menjadi kenyataan.

Biarpun ada pihak yang bagaikan meragui kemampuannya untuk menyanyi, gadis berusia 17 tahun ini begitu teruja dalam debaran.

Malahan sejak dulu lagi, anak kesayangan Norsiah Ramli ini sudah bercita-cita untuk bergelar penyanyi, namun rezeki berlakon datang terlebih dahulu tanpa diduga.

Menurut Diana, tidak sia-sia penantiannya selama ini kerana bagaikan satu hikmah di sebalik kontroversi yang melandanya dengan teman rapatnya, Syamsul Yusof tahun lalu, dia kini bakal mencipta nama di Malaysia dan Indonesia mengikuti jejak penyanyi seperti Datuk Sheila Majid, Datuk Siti Nurhaliza, Winnie K, Exist dan ramai lagi yang pernah melebarkan sayap ke tanah seberang.

Semua itu menjadi pasti hasil berkat perbincangan yang dilakukan ibunya dan pegawai publisiti, Bill Bora serta komposer dan penerbit album dari Indonesia, Octav Panggabean sejak Oktober lalu.

Namun sebelum itu, Diana akan menunaikan tanggungjawabnya kepada negara untuk menyertai Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) mulai 11 Mac hingga 10 Jun ini.

Dan, sejak minggu lalu, Diana ditemani ibunya hadir ke Balai Berita untuk memperkenalkan Octav kepada rakan media. Octav ke Malaysia sejak 13 hingga 22 Januari ini untuk menguruskan urusan awal kerjaya nyanyian Diana.

“Akhirnya saya dapat menunaikan impian saya sejak kecil untuk bergelar penyanyi selepas sekian lama menanti detik ini. Kalau ikut perancangan, saya buat lirik untuk lagu ciptaan sendiri di dalam album ini. Keputusan untuk ke Indonesia ini semuanya dipertimbangkan mama dan saya yakin yang terbaik untuk mama, pastinya baik untuk saya.

“Sekalipun akan ke Indonesia untuk menyiapkan album dan meluaskan kerjaya di sana, mama mahu saya boleh membuat yang lebih baik dengan bantuan Octav.

“Masih ada kerja yang perlu diselesaikan terlebih dulu. Selepas menyudahkan penggambaran filem Kecoh Betul sehingga 22 Januari ini dan 10 Februari nanti ke set filem Magika,” katanya.

Mengenai penyertaannya PLKN , Diana menjelaskan dia tidak timbul langsung niatnya untuk mengelakkan diri atau cuba mendapatkan sebarang keistimewaan kerana walaupun sudah dikenali sebagai pelakon, dia tetapi mahu menjalani kehidupan secara dunia normal seperti pelajar lain yang seusia dengannya.

Bagaimanapun hingga saat ini, pelakon itu belum tahu di lokasi PLKN yang bakal disertainya.

“Selain teruja membuat album, saya juga teruja nak masuk PLKN. Peluang ini juga dapat merehatkan saya seketika daripada dunia seni dan kembali menjalani kehidupan biasa seperti remaja lain.

“Saya difahamkan ada juga kawan saya yang akan ke PLKN seperti anak penyanyi, Syed Sobrie. Sepanjang berada di sana, pastinya saya dapat menimba pengalaman dalam pelbagai aspek termasuklah hal membabitkan disiplin serta semangat kekentalan,” katanya riang sambil menyambut positif untuk bertemu media di Indonesia bagi memacu kerjaya barunya di negara itu.

RM200,000 untuk album Diana

SEBANYAK 70 peratus lagu-lagu dalam album Diana Danielle nanti disumbangkan oleh komposer dari Indonesia dengan membabitkan nama besar seperti Pasha dari anggota kumpulan Ungu, Anto, Tompi dan Yocky S Prayogo.

Album pelakon muda itu juga dikatakan turut mendapat kerjasama daripada Tourism Board Malaysia sebagai usaha mempromosikan Malaysia di Indonesia.

Octav Panggabean berkata, dia menerima Diana sebagai penerbit album tanpa mengetahui gadis ini adalah bintang popular di Malaysia.

“Saya melihat dia ada pakej dan potensi yang sesuai untuk menjadi penyanyi. Dia ada suara dan penampilan menawan yang seiring dengan statusnya sebagai selebriti.

“Saya akui di Indonesia, penyanyi wanita boleh di sebut saja beberapa kerat yang popular seperti Rossa, Agnes Monica dan Bunga Citra Lestari. Gita Gutawa juga masih di bawah paras sederhana.

“Dalam hal ini, Diana masih muda dan jauh lagi perjalanan yang boleh diterokainya. Harapnya kemunculan dia nanti bukan hanya sekelip mata tapi mampu bertahan hingga ke usia yang lama sekali gus dia masih mampu berkarya dan menyanyi. Suaranya saya kelaskan sebagai melankolik yang sesuai pada irama melodi pop,” katanya mengenai Diana Danielle.

Secara keseluruhannya pembikinan album Danielle ini membabitkan mencecah RM200,000 dengan tempoh empat bulan untuk disiapkan. Diana akan mula merakamkan suara pada Jun ini dan dijangka muncul dengan single selewat-lewatnya Mei depan.

Menurut Octav, dia sudah ada beberapa lagu yang sesuai untuk diserahkan kepada Diana.

“Dia juga dijangka menyanyikan dua lagu tema untuk sebuah filem kerjasama Indonesia dan Korea berjudul My Soul Escapes. Album sulungnya akan memuatkan 10 buah lagu,” katanya.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: