Malam Amal

16 Jan

Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: Sempena kempen Rayuan Dana Atas Nama Kemanusiaan, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menganjurkan majlis malam amal pada 31 Januari ini untuk mengisi Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin.

Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata majlis bertemakan keperitan dan penderitaan rakyat Palestin itu diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Majlis itu dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Kami berharap hasil usaha rayuan dana itu dapat membantu meringankan beban mangsa peperangan di Palestin khusus membantu membina semula sekolah yang musnah akibat dibom Israel.

“Saya meminta syarikat korporat atau individu berkemampuan memberikan sumbangan bagi membantu mangsa peperangan terbabit.

“Syarikat korporat atau individu yang menyumbang RM50,000 ke atas diberi peluang menyerahkan sendiri sumbangan kepada Timbalan Perdana Menteri pada malam amal itu,” katanya pada sidang media selepas melancarkan majlis Rayuan Dana Atas Nama Kemanusiaan di Sri Satria, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Hishamuddin Aun; Setiausaha Agung, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), Mejar Jeneral (B) Datuk Megat Mohd Yusof Datuk Megat Mahmud; Pengerusi Yayasan Wanita Islam Malaysia, Najwa Abdul Aziz dan Pengurus Besar Komunikasi Korporat, Media Prima Berhad, Elaiza Mohamad.

Rosmah juga penaung tabung berkenaan, berkata pihak yang berhasrat menyerahkan sumbangan boleh menghubungi sekretariat tabung di talian 03-88881198.

Malah, beberapa artis terkemuka seperti Datuk Siti Nurhaliza, Mawi, Jaclyn Victor, Ramli Sarip, Raihan, kumpulan Dithyrambic sudah mengesahkan menyertai malam amal berkenaan.

Selain itu, Rosmah berkata, tabung yang mendapat kerjasama tujuh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan syarikat media itu diharap mampu mengumpul sebanyak mungkin dana untuk disalurkan kepada rakyat Palestin menerusi Kementerian Luar.

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: