Semua Diminta Hulur Bantuan

15 Jan


PELAJAR Palestin di negara ini, diwakili Sufian Quzmar menyerahkan bendera Palestin kepada Rosmah sambil diperhatikan Hishamuddin (kanan) selepas melancarkan ‘Rayuan Dana Atas Nama Kemanusiaan’ di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA: Syarikat korporat, swasta dan individu yang bersimpati dengan penderitaan rakyat Palestin diminta menyalurkan sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin.

Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata tabung itu yang mendapat kerjasama tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat media diharap mampu mengumpul sebanyak mungkin dana untuk disalurkan kepada rakyat Palestin melalui Kementerian Luar.

Tujuh NGO dan syarikat media terbabit ialah The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Utusan Melayu (M) Bhd, Media Prima Berhad, The Star, Yayasan Salam, Yayasan Wanita Islam dan Institut Kajian Perundangan Malaysia.

“Rayuan dana atas nama kemanusiaan ini adalah langkah pertama bagi mencetuskan kesedaran rakyat negara ini mengenai makna kemanusiaan.

“Yang penting, kita mengumpul dana ini bukan bertujuan membantu rakyat Palestin atas nama Islam tetapi atas dasar kemanusiaan kerana kita mahu semua pihak khususnya Israel memahami konsep menghormati orang lain,” katanya selepas melancarkan ‘Rayuan Dana Atas Nama Kemanusiaan’ di Sri Satria di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk Hishamuddin Aun; Setiausaha Agung Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), Mejar Jeneral (B) Datuk Megat Mohd Yusof Datuk Megat Mahmud; Pengerusi Yayasan Wanita Islam Malaysia, Najwa Abdul Aziz dan Pengurus Besar Komunikasi Korporat, Media Prima Berhad, Elaiza Mohamad.

Rosmah yang juga penaung tabung itu turut menyatakan keyakinannya terhadap sikap prihatin rakyat Malaysia untuk membantu mangsa perang seperti di Bosnia dan Afghanistan sebelum ini dapat dibuktikan sekali lagi menerusi dana ini.

Pada majlis itu, beliau juga mengumumkan penganjuran Malam Amal di Istana Budaya pada 31 Januari ini bagi mengumpulkan dana mengisi tabung berkenaan.

Katanya, malam amal yang bertemakan keperitan dan penderitaan rakyat Palestin akan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Syarikat korporat atau individu yang menyumbang RM50,000 ke atas diberi peluang untuk menyerahkan sendiri sumbangan kepada Timbalan Perdana Menteri.

“Mereka yang berminat boleh menghubungi sekretariatnya di talian 03-88881198,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani, berkata antara artis yang sudah mengesahkan penyertaan menjayakan malam amal itu ialah Datuk Siti Nurhaliza, Mawi, Jaclyn Victor, Ramli Sarip, Raihan, kumpulan Dithyrambic dengan semua persembahan diiringi Orkestra Simfoni Kebangsaan.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: