Dengarnya… Nasha Dan Rusdi Di Alam Bunian

15 Jan

Oleh Normah Becok

Nasha Aziz

TERUJA Cik Normah dengar mengenai filem Bunian.. Mahkota Seri Helang arahan Jantan atau nama sebenarnya Zaharil Izham Zainon. Cik Normah dengar filem ini akan dibuat secara trilogi mirip filem Lords Of The Ring ‘gitu’. Wah, terus Cik Normah ‘feeling’ seperti perwira wanita cantik dengan busana yang hebat.

Tapi Cik Normah nak ingatkan, yang penting siapkan filem itu dulu baru boleh cakap fasal sambungannya. Bukanlah apa, Cik Normah sudah biasa sangat dengan cakap sesetengah produser mengatakan filem mereka ada sambungan sedangkan yang pertamanya tak ditayang, malahan belum tentu pun siap lagi.

Sementara itu, filem Bunian diterbitkan oleh Fantasy Films Sdn Bhd, syarikat perkongsian tiga rakan diketuai komposer terkenal, Adnan Abu Hassan. Kewujudan Fantasy Films sebagai menyahut seruan kerajaan untuk terus memartabatkan nilai dan kuantiti filem yang dikeluarkan di dalam tempoh setahun.

Filem bergenre aksi, kembara dan fiksyen akan memulakan penggambaran pada Februari ini dan satu majlis sidang media akan diadakan pada 20 Januari ini. Pelancarannya dijangka dilakukan oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor.

Serentak dengan itu, sebuah web portal mengenai filem itu akan turut dilancarkan. Amboi kelas ‘gitu’. Oh, lupa Cik Normah nak cakap filem ini akan melakukan penggambaran di Kota Kinabalu, Sabah dan Perak. Nak tahu tak, siapa teraju utama filem ini dan oleh kerana Cik Normah dapat lampu hijau maka Cik Normah pun tulislah.

Pelakon utama yang diberi tanggungjawab untuk menghidupkan filem ini ialah Nasha Aziz dan Rusdi Ramli. Turut berlakon ialah Latif Borgiba dan pelakon baru, Mimi Rahzia.

Mungkin kalau sebut filem ini, mesti ada yang ingat gosip yang mengatakan Datuk Siti Nurhaliza juga turut diundang berlakon. Cik Normah selidik juga. Sebenarnya Siti tak berlakon, tapi menjadi penyanyi lagu runut bunyi untuk filem ini. Judul lagu yang dinyanyikan Siti ialah Seloka Budi.

Mulanya, Cik Normah ingat Siti akan berlakon dalam filem ini, tapi nampak gayanya isteri kesayangan Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa belum terbuka hati nak berlakon filem. Tak apa, kalau Siti tak nak, Cik Normah kan ada!

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: