Jumlah Tabung Gaza Terus Bertambah

14 Jan

Oleh Hanisah Selamat
bhnews@bharian.com.my

GURU Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Petaling, Hamzan Ab Hamid (kiri) bersama Mohd Sallahuddin Mukhtar (tengah) menyerahkan wang sumbangan guru dan pelajar kepada Penolong Pengurus Kewangan New Straits Times Press, Haris Shahriman untuk Tabung Gaza NSTP di Kuala Lumpur, semalam.

Kutipan hampir cecah RM2j sehingga semalam

KUALA LUMPUR: Masyarakat Malaysia yang prihatin terus menghulurkan sumbangan ke Tabung NSTP Untuk Gaza kelolaan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), menjadikan jumlah kutipan mencecah RM1,968,130.30 sehingga semalam.

Semalam sebanyak RM30,557 diserahkan ke kaunter NSTP menerusi sumbangan pelbagai pihak, termasuk syarikat korporat dan individu.

Di PADANG BESAR, Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips), semalam melancarkan Tabung Khas Kemanusiaan Palestin yang disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Syed Sirajuddin Jamalullail, yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perlis (Maips).

Pengarah Jaips, Malik Hussin, berkata tabung khas berkenaan akan ditempatkan di semua 103 masjid di seluruh negeri ini bagi membolehkan umat Islam menghulurkan bantuan.

Di BALING, lebih 1,000 penduduk daerah ini keluar menyertai demonstrasi membantah kekejaman tentera Israel di perkarangan Stesen Teksi Baling.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan ke Tabung NSTP Untuk Gaza, boleh menghantar sendiri ke Bahagian Kewangan NSTP, 31 Jalan Riong, 59100, Kuala Lumpur atau menerusi akaun Maybank 514105-320501 atas nama NSTP Fund For Gaza.

Sumbangan juga boleh diserahkan syarikat bersekutu NSTP iaitu TV3, 8TV, ntv7 dan TV9 selain rangkaian radio miliknya. Tabung ini dibuka sehingga 7 Februari ini.

Sementara itu, penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza menyumbangkan RM2,000 atas nama syarikatnya, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd kepada Tabung NSTP Untuk Gaza.

Sumbangan cek disampaikan penyanyi itu kepada Penolong Pengarang Hiburan Berita Harian, Zainuri Misfar pada majlis pelancaran album terbarunya, Lentera Timur di Dewan Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang, di sini semalam.

Siti berkata, sumbangan itu didorong perasaan simpati terhadap kesengsaraan rakyat Palestin akibat kekejaman tentera Israel.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: