Dato' Siti, Welcome To Club 30!

12 Jan

Teks oleh Roslen Fadzil

Rasanya masih belum terlambat saya dan murai.com.my mengucapkan Happy Birthday kepada Dato’ Siti Nurhaliza atau Mrs Khalid. Tentu ada yang ingat, semalam, 11 Januari, adalah ulang tahun hari lahir Dato’ Siti kita itu yang makin bertambah cantik dan hangat.

Untuk itu kita ingin mengucapkan Welcome To Club 30 buat Siti. Club 30 itu tentunya merujuk kepada usia 30 tahun Siti sekarang. Pantas masa berlalu, Siti dulu hanyalah seorang anak dara sunti dari Kuala Lipis yang pernah menjual kuih dan sekadar mampu berulang alik dengan bas dari kampung ke Kuala Lumpur untuk mencari peluang menyanyi.

Tapi sekarang, lihatlah siapa Siti Nurhaliza. Seluruh Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam mengenali aura mahupun vokalnya yang sungguh hebat itu. Secara selorohnya, Siti kini bukan lagi naik bas tetapi sudah boleh beli

bas malah stesen bas kalau dia mahu!

Dikenang-kenang semula, saya bangga dan simpati dengan Siti. Bangga sebab dia anak seni yang merangkak dari bawah dan naik ke atas dengan usaha sendiri. Dulu Siti hanya mampu minta duit dari ibu dan ayahnya, tapi sekarang Siti sedang membalas jasa ibu bapanya dan bergelar seorang hartawan.

Itulah keajaiban yang boleh berlaku dalam dunia seni bersandarkan bakat, usaha dan doa. Dan tuah ini tidak datang selalu dan dikurniakan Tuhan kepada insan-insan tertentu seperti P Ramlee, Sudirman, Siti dan Mawi. Namun semua itu ada hikmah dan tujuannya.

Simpati saya kepada Siti pula disebabkan dia memegang jenama Siti Nurhaliza. Tidak ada yang percumanya dalam hidup ini dan dengan menjadi seorang bintang, Siti mahu atau tidak, terpaksa membayarnya dengan harga yang cukup tinggi, melebihi segala wang dan saham yang dimilikinya selama ini.

Cemuhan, tohmahan dan nista adalah mainan hidup Siti yang terpaksa ditelan kecuali matanya terpejam tidur. Sebagai manusia biasa, saya kira Siti juga mahu mengikut kata hatinya sendiri tetapi itulah yang kadangkala menjadi ‘racun’ yang memakan diri.

Saya sedar, Siti dalam menjalani kehidupan, perlu menjaga banyak hati di sekelilingnya – keluarga, suami, peminat dan ramai lagi. Bukan senang untuk memuaskan hati semua orang tetapi Siti cuba tangani masalah itu dengan sebaik mungkin.

Selama mengemudi sayap murai.com.my sejak setahun lalu, saya sudah melihat bagaimana sentimen peminat terhadap Siti menerusi komen-komen yang dilemparkan kepada beliau dan juga suaminya, Datuk K, berhubung pelbagai isu.

Bagaimanapun, mereka berdua tetap tenang kerana faham semua itu adalah tanggapan masyarakat. Tidak semuanya benar dan tidak semuanya salah. Yang baik boleh diterima dan yang salah terpaksalah dipekakkan telinga.

Bagaimanapun, isu yang mungkin Siti perlu lihat dan kaji sedalam-dalamnya sekarang adalah tuntutan ‘janji’ bahawa dia mahu bertudung selepas bergelar Hajjah. Saya faham mungkin hati Siti belum bersedia sepenuhnya tetapi dia tentu sedang berusaha ke arah itu. Janganlah kita terlalu mendesak.

Tentu kita ingat cerita-cerita perjuangan dakwah para Rasul kita dulu yang juga bukan sesuatu yang drastik dan memakan masa. Kita berilah Siti ruang.

Soal rumah tangga Siti pula sentiasa diperkatakan macam orang bersalin baju. Untuk Datuk K, saya harap beliau dapat menerima Siti seadanya. Siti Nurhaliza adalah seorang penghibur dan dia akan terus dikenang dengan title itu sampai bila-bila. Sekali Siti masuk ke dunia seni, dia akan terus diperkatakan dan diperkatakan.

Dengan erti kata lain, saya kurang setuju andai Datuk K pernah terfikir untuk menyuruh Siti bersara dek kerana gosip melampau seperti yang berlaku ketika ini. Ini kerana tatkala Datuk K menyunting Siti sebagai isteri, dia tentu hormatkan kedudukan Siti sebagai milik masyarakat dan public figure.

Mungkin Datuk K kini sedang teruk dilambung ombak kerana dia sudah memilih untuk menghuni di tepi pantai. Inilah juga harganya apabila memperisterikan Siti kerana sejak awal hubungan lmereka lagi ia sudah ditemani kontroversi. Andai kasih sayang mereka begitu kuat, tiada yang dapat menggugat tiang ‘masjid’ yang mereka telah bina.

Dalam menyambut hari lahir yang penuh dengan dugaan ini, saya harap Siti akan terus menjadi manusia yang tabah. Percayalah, kemanisan akan datang juga sebab Tuhan menguji kita kerana sayangkan umatnya.

Yang jelas, di sebalik senyuman dan renungan mata Siti itu, saya dapat rasakan yang Siti terus menyembunyikan sesuatu. Dan biarlah ia menjadi rahsia.

 

 

Murai

One Response to “Dato' Siti, Welcome To Club 30!”

  1. Puteri Dhayana January 14, 2009 at 9:26 am #

    Setuju dengan comment Murai, Datuk K harus menerima CT seadanya dan kalau cinta mereka sejati dan kukuh sedia mengharungi pahit manis permainan dunia tak ada yang dapat meruntuhkan mesjid yang dibina atas dasar cinta ini.

    Sempena tahun baru ni , sentiasa mendoakan kalian setiasa hidup rukun aman damai dalam kasih sayang dan dikurniakan cahaya mata pengikat dan bukti cinta murni kalian.

    Biarlah mereka diluar sana mengata dan menghina, namun jika kita bersandarkan kebenaran dan kejujuran segalanya akan berakhir dengan kemanisan dan kemenangan.

    Kesabaran adalah penawar segala derita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: