Datuk K, Siti Nurhaliza Kecewa Gosip Cerai!

9 Jan

KUALA LUMPUR, 9 JAN 2009:  Gara-gara kecewa dan tertekan dengan gosip liar perceraiannya dengan Dato’ Siti Nurhaliza, usahawan sensasi, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, (Datuk K), tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar khabar angin yang melampau itu.

Dalam sidang media di Balai Berita NSTP, di Bangsar, semalam, Datuk K dan Siti merayu supaya penyebar gosip di dalam internet serta media cetak menghentikan penyebaran khabar angin itu yang boleh menjejaskan nama baik mereka.

Menerusi laporan akhbar Berita Harian hari ini, Datuk K berkata: “Saya ahli perniagaan dan bukan artis. Apabila gosip seperti ini timbul, reputasi saya turut tercemar. Apabila berurusan mengenai perniagaan, saya dapat rasakan ada yang memandang serong seolah-olah saya suami yang jahat.


“Saya harap cukuplah menabur fitnah terhadap saya. Letih rasanya apabila terpaksa membuat penjelasan setiap kali gosip tidak berasas seperti ini tersebar.”

Di dalam Harian Metro pula Datuk K meluahkan rasa hatinya, “Kalau sebelum ini media pernah mengusik saya dalam ruangan gosip tetapi saya tidak pernah mengendahkannya atau melenting. Bagaimanapun tuduhan kami bercerai sesuatu yang melampau.

“Untuk pengetahuan, sepanjang perkahwinan, kami tidak pernah bergaduh kerana Siti seorang yang sangat bertolenrasi. Saya amat menyayangi isteri saya, saya bahagia dan gembira bersamanya.

“Untuk lukakan hati dia, nauzubillah, saya tidak akan sekali-kali melakukan perkara itu. Sebab itu saya tidak faham kenapa orang memfitnah saya, kononnnya ada affair dengan perempuan lain sedangkan boleh dikatakan setiap masa Siti ada bersama saya.”

Bagi Siti pula, dia tidak pernah mencurigai suaminya itu.

“Setakat ini Siti belum pernah kerana suami saya seorang yang jujur. Sebelum berkahwin lagi sampailah sekarang dia tidak pernah berahsia dengan saya,” kata Siti yang mengakui dia juga tertekan.

“Siti sudah lalui banyak benda dan sudah lali dengan gosip. Cuma apabila membabitkan perkahwinan, ia sangat sensitif kerana rumah tangga membabitkan perasaan dua insan, orang yang kita cintai malah mengheret sama nama keluarga kedua-dua pihak. Tambah membuat Siti sedih, isu sebegini diperbesarkan padahal tiada apa-apa yang berlaku,” jelas Siti.
 

Disebabkan tohmahan dan fitnah yang melanda, Siti berkata Datuk K ada menyuarakan pandangannya supaya dia berhenti daripada menyanyi.

“Suami Siti ada menyuruh Siti berhenti daripada menjadi public figure tetapi Siti memujuk dan meminta dia bertenang. Kemudian kami berbincang bagaimana cara terbaik menghentikan gosip,” kata penyanyi yang sudah bergelar Hajjah itu.

Baru-baru ini, timbul desas-desus kononnya mengatakan Siti sudah memfailkan penceraiannya dengan Datuk K. Terdahulu, Datuk K digosipkan berkahwin dengan seorang pramugari dan pernah menghadiahkan sebuah kereta BMW kepada pelakon jelita Rozita Che Wan.

 

Murai

9 Responses to “Datuk K, Siti Nurhaliza Kecewa Gosip Cerai!”

  1. kekwa January 13, 2009 at 12:41 pm #

    saman je lah…..org pon tak larang kalau kau nak saman…..lagi pon yg dulu2 org pon saman Tn Hj……elok lah sabau2 je lah Tn Hj….harap2 bini Tn Hj jgnlah gedik2 sgt….meluat kita kat sini

  2. siti January 14, 2009 at 12:17 pm #

    Datok K mengapa risau dengan gosip yg beredar karena kenyataannya kan tidak begitu,
    coba contoh sikap datok CT, santai saja dengan gosip yg tidak benar.
    asal Datok K tau mengapa muncul gosip seperti itu, karena masa lalu Datok K, dan mengapa orang Sinis melihat Datok K karena Datok K gelap mata rela meninggal Istri yang telah memberikan 4 orang putra.

  3. bob January 16, 2009 at 4:28 pm #

    ow siti, I setuju dgn kata2 you tu..memanglah org begitu tak sukak jika meninggalkan isteri pertama yg
    telah memberi 4 org anak…dulu Hj K. susah sama susah,
    apabila sudah menikmati kesenangan Hj K. tinggalkan
    isterinya…mengapa Hj K. sanggup bercerai ya…I pon tak sukak suami begitu…kalau I jadi ct I tak sanggup utk melihat perceraian keluarga istri pertama beliau

  4. sweetie January 21, 2009 at 11:48 am #

    tak perlu marah kalau gosip macam budak2 nakal….Pak
    Aji kenalah telan air liuq, bukankah Pak Aji rasa bangga
    kahwin dgn artis, jadi kalau gosip macam2 ni, diam je lah, org lain pon byk gosip, tak de lah sampai nak saman…..kalau dah byk duit bolehlah saman jugak

  5. women January 23, 2009 at 3:29 pm #

    tu lah..rampas suami orang, kena gossp ganas baru tau !!! teruna lagi best !! line clear je…

  6. ujang January 29, 2009 at 8:46 am #

    siti ..kalau ado duit lobih boleh la derma kek sek agama arab kota tinggi.sek tu kerajaan bantu 50% je. byk kekurangan untuk keselesaan pelajar .sek tu akan melahirkan jenerasi alquan.klu nk tahu lbh lanjut jupa utzh fahariah bt pungut-0167468673

  7. Ctn lover March 3, 2009 at 7:18 pm #

    Ass.kak ct jangan berhenti menyanyi,karena jika kak ct berhenti menyanyg maka tambah senang hati orang yg tidak suka kak ct.menurut aq tujuan mereka membuat gosip tdk lain agar kak ct tidak tahan dgn gosip2 itu n akhirnya berhenti nyanyi..jadi kak ct harus maju terus..ok miles apart close the heart.bye2

  8. sengal March 6, 2009 at 2:16 pm #

    tak payah lah sibok nak cari harta…..laki kau kan
    kaya….jgn2 hutang kat bank pon banyak

  9. apa la April 26, 2009 at 3:33 pm #

    sedap je mulut2 korang mengata yg buruk2 kat laki bini ni…..suda2 la tu, bagi la mereka berdua peluang menjalani rancah kehidupan brumahtangga tanpa..sedih juga rasanya membaca segala cacian yg bisa menggangu kehidupan mereka ni..
    entah2 yg berkata buruk ni, lebih teruk lagi daripada pasangan ni @ jeles la tu.. agama kalian melarang keji-mengkeji kan? Ini tak..nak tambah dosa tu ada la..
    yg dulu tu, biarlah menjadi sejarah hitam c laki, karang ni dia da tua, dia tau la tu apa yg di buat..tak payah la korang sibuk2 menasihati dorang, nasihati la diri sendiri sebelum menasihati orang….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: