Siti, Datuk K Mahu Saman Penyebar Fitnah Cerai

8 Jan

Oleh Farihad Shalla Mahmud

SITI dan suami pada sidang media di Balai Berita, semalam.

KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, yang mengaku tertekan dengan pelbagai fitnah dan gosip mengenai perkahwinan mereka, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan pembohongan itu.

Pasangan itu merayu supaya penyebar gosip melalui internet dan juga akhbar sejak kebelakangan ini kononnya rumah tangga mereka yang dibina sejak dua tahun lalu sedang bergolak, menghentikan segera perbuatan itu.

“Jikalau gosip seperti ini berterusan disiarkan, saya akan mengambil tindakan undang-undang kepada dalang yang menjadi penyebar fitnah itu. Mereka harus membayar harga atas perbuatan itu,” kata Khalid, yang ditemani Siti, dalam temu bual di Balai Berita semalam.

Oktober lalu, pasangan ini menarik perhatian apabila tersebar berita kononnya Khalid berkahwin dengan seorang pramugari. Sebelum itu, Khalid pernah membuat laporan polis mengenai fitnah kononnya beliau memukul Siti.

Terbaru, gosip tersebar luas di internet dan khidmat pesanan ringkas kononnya rumah tangga mereka di ambang keruntuhan.

Khalid berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain jika gosip seumpama itu berterusan kecuali mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya dan memastikan kehidupan mereka tidak diganggu.

“Saya ahli perniagaan dan bukan artis. Apabila gosip seperti ini timbul, reputasi saya turut tercemar. Apabila berurusan mengenai perniagaan, saya dapat rasakan ada memandang serong seolah-olah saya suami yang jahat.

“Saya harap cukuplah menabur fitnah terhadap saya. Letih rasanya apabila terpaksa membuat penjelasan setiap kali gosip tidak berasas ini tersebar,” katanya.

Khalid berkata, pernah satu ketika kerana terlalu tertekan dengan gosip, hampir saja beliau menyuruh Siti meninggalkan nyanyian.

“Saya faham apabila berkahwin dengan Siti secara tidak langsung saya terdedah dengan gosip tapi apabila didiamkan, semakin menjadi-jadi,” katanya.

Sementara itu, Siti mengaku terkilan rumah tangga mereka sering digosipkan.

“Siti ingin diamkan perkara ini kerana sebagai selebriti, ia adalah asam garam. Namun Siti memahami perasaan suami. Sebagai ahli perniagaan, gosip seperti ini menjejaskan reputasinya,” katanya.

Berita Harian

2 Responses to “Siti, Datuk K Mahu Saman Penyebar Fitnah Cerai”

  1. kekwa January 12, 2009 at 4:31 pm #

    ingatkan tak tertekan dgn gosip2….rupa2nya tertekan
    jugak ya…..sabar tu kan separuh dpd iman

  2. mika January 13, 2009 at 11:25 am #

    kalau rasa diri tu besar sgt, saman je lah….kalau setakat hipokrit tak usahlah nak heboh2 sgt….case dulu
    pon senyap jugak….kalau dah title haji tu sabar2 je lah……kalau dah takut sgt business merundum, saman je lah…..Hj K. pon kena naik mahkamah jugak tahun ni kan?….bulan berapa Hj?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: