Wada Rancang Kenduri

7 Jan

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

Rap

KEMENANGAN peserta cilik Wan Syuhada Amir Hamzah, 12 atau Wada sudah dijangka awal penonton setia rancangan realiti tv, Idola Kecil musim kedua yang disiarkan secara langsung di Sri Pentas 2, Shah Alam, Sabtu (5 Disember) lalu.

Sepanjang 10 minggu rancangan ini disiarkan, Wada menunjukkan peningkatan dari sudut kawalan vokal dan persembahan.

Begitupun waktu sama, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur ini menerima saingan dari Wan Muhammad Hafizuddin, 11 yang dilihat lebih konsisten persembahannya setiap minggu.

“Tidak sangka saya diumumkan juara pertandingan ini memandangkan peserta lain tidak kurang bagusnya. Malah sebelum pertandingan berlangsung ramai menjangkakan Ridzuan Haqiem Rusli (Haqim) akan menang.

“Apabila pengacara menyebut nama saya sebagai juara, saya benar-benar terkejut,” katanya.

Kata Wada, dia memang menaruh harapan tinggi untuk menang, apatah lagi dua juri profesional iaitu komposer, Datuk Wah Idris dan penyanyi, Nora memuji persembahan dilakukan.

“Mendengarkan komen juri, saya berasakan pasti memperoleh tempat sama ada ketiga atau kedua. Namun secara jujur, saya katakan saya tidak bermimpi untuk menjadi juara.

“Mungkin inilah yang dikatakan rezeki, tidak sangka percubaan saya menyertai rancangan ini membuahkan hasil cukup lumayan,” katanya.

Pada pertandingan akhir yang berlangsung Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam itu, Wada mendendangkan lagu Destinasi Cinta nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza dan Ketawalah Lagi dinyanyikan secara duet bersama Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah.

Selaku juara, Wada menerima hadiah wang tunai RM10,000. Menjelaskan mengenai perancangan terhadap wang yang dimenangi katanya, dia mahu membawa semua ahli keluarganya menikmati makan malam di restoran mewah.

“Selebihnya nanti saya mahu gunakan separuh untuk mengadakan kenduri kesyukuran dan selebihnya disimpan untuk membiayai pengajian,” katanya.

Tempat kedua dimenangi Ridzuan Haqiem Rusli, 10 atau Haqiem dan menerima hadiah wang tunai RM5,000 berserta hadiah iringan dan tempat ketiga dimenangi peserta dari Bayan Lepas, Pulau Pinang, Syaza Farzana Ahahrul Ridhwan, 12 (Syaza). Dia menerima hadiah wang tunai bernilai RM3,000.

Peserta lain turut layak ke peringkat akhir Idola Kecil musim kedua, Nur Syuhada Amir Hamzah (Syada), 10 dan Mohd Shafieq Shazwan, 10 (Afiq), mereka menerima hadiah sagu hati berupa wang tunai bernilai RM1,000.

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: