Sentral: Wan Syuhada Juara Idola Kecil Musim Pertama

4 Jan


WADA bersama trofi dan replika cek selepas dinobatkan juara Idola Kecil di Shah Alam, malam tadi.

SHAH ALAM: Peserta dari Cheras, Wan Syuhada Md Amin, 12, atau lebih dikenali sebagai Wada dinobatkan sebagai juara Idola Kecil pada pertandingan akhir yang berlangsung di Sri Pentas Dua Plaza Alam Sentral di sini, malam tadi.

Wada menyanyikan lagu Ketawalah Lagi nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza bersama Noraniza Idris, dengan iringan akuarium oleh Pak Ngah serta lagu solo Dinasti Cinta (Siti Nurhaliza).

Peserta cilik itu mengalahkan lima peserta lain dan membawa pulang hadiah utama wang tunai RM10,000. Tempat kedua dimenangi Ridzuan Haqiem Rusli, 10, dari Hulu Langat, Selangor yang membawa pulang RM5,000 dan ketiga, Syaza Farzana Shahrul Ridhwan, 12, yang menerima wang tunai RM3,000. Semua pemenang turut menerima trofi termasuk hadiah sampingan.

Peserta yang gagal menduduki tempat tiga teratas ialah Wan Muhammad Hafizuddin Wan Anuar, 11, atau Udin, Nur Syuhada Amir Hamzah, 12, (Shada) dan Mohd Shafieq Shazwan, 11, (Afiq). Mereka membawa pulang hadiah sagu hati RM500 seorang.

Rancangan realiti anjuran stesen televisyen TV9 itu bukan hanya menonjolkan bakat nyanyian, tetapi juga diselangi dengan visual aktiviti peserta sepanjang berada dalam Idola Kecil.

Berita Harian

4 Responses to “Sentral: Wan Syuhada Juara Idola Kecil Musim Pertama”

  1. Razni RC September 29, 2009 at 11:39 pm #

    tv9, cuba anda fikir remaja2 sekarang diantara 13-17, sudah banyak melakukan gejala negatif, bolehkah anda bagi peluang dekat remaja ini untuk persembahkan bakat mereka dalam pertandingan menyanyi yang baru? sebab kebanyakkan remaja sekarang tidak berapa pandai dalam pelajaran tetapi mereka lebih suka menyanyi, mereka juga boleh membentuk sahsiah diri dalam pertandingan ini, jadi………………….

  2. aku blues November 6, 2009 at 6:23 pm #

    herm…pada pendangan sye..tak perlu la untuk remaja kerna meka kan dah besar boleh bersaing di dalam realiti TV yang besar..such as OIAM,AF,MENTOR,GANGSTARZ,MY STAR LG. and so on…cuma IDOLA KECIL ini perlu di perhebahkan lagi (promosi) seperti AF selalu buat..pentas yang cantik dan tidak kebudak-budakan penting untuk mempertijkan program, tempat juga perlu besar such as stadium tertutup ke..baru nampak realiti artis..lagi satu..PENGACARA program ini mesti la meriah ambil la SARIMAH IBRAHIM, PAK AZNIL, SAIFUL APEK, ATAUPUN AFLIN SAUKI..
    baru GEMPAK!!!!…baru semua peringkat umur minat..HARAP TV9 boleh la..lakukan FENOMENA BARU dlam seni muzik TANAH AIR..tak la km dari BORNEO menonton IDOLA CILIK..dari Indonesia tu setiap ujung minggu..lagipun hari nie (6/11/09) tarikh ujjibakat IDOLA CILIK 3 di Indonesia selesai memilih persertanya..herm..harap pihak penganjur AMBIL PERHATIAN untuk meningkatkan lagi mutu program realiti ini…TERIMA KASIH..SALAM SATU MALAYSIA

  3. hantu February 18, 2010 at 12:06 pm #

    wei patut nya bukan kau menang tau

  4. ronaldo June 10, 2010 at 4:07 pm #

    kurang ajar gila kau kata dia tak patut menang tengok orang nyanyi dan dgr betul-betul bukan tengok pakai lutut dia patut menang apa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: