Azam Tahun Baru 4 Selebriti Panazz…

2 Jan

Teks oleh Haswari Ali

KUALA LUMPUR,  2 DIS 2009:  Tahun 2008 yang telah berlalu tentunya memberikan impak yang cukup besar buat 4 nama sensasi tanah air dalam menyusuri gerbang 2009 ketika ini.

Dato’ Siti Nurhaliza, Norman Hakim, Linda Onn dan pereka fesyen Hatta Dolmat, masing-masing pernah dilanda dengan cerita kontroversi yang mungkin boleh membuatkan mereka tersungkur, jika tidak cekal jiwanya.

Bagi Siti, pengalaman lebih 18 tahun dalam dunia seni, banyak mendidiknya untuk menjadi lebih tabah meskipun kontroversi bertali arus sejak berkahwin dengan Dato’ Seri Khalid Mohd Jiwa (Datuk K). Gosip Datuk K dikatakan berkahwin dengan seorang pramugari dan Siti sendiri tidak pegang pada janjinya untuk bertudung, terpaksa ditelan.

Norman Hakim pula menjadi artis paling teruk dikritik dan dihentam kerana terjebak dengan kes khalwat dengan Memey Suhaiza dan pada masa yang sama mengabaikan bekas isterinya, Abby Abadi sehingga mereka akhirnya bercerai. 

Dalam dunia fesyen yang sangat berkait rapat dengan artis, pereka fesyen Hatta Dolmat pula terjebak dengan kes tentang baju rekaannya untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi Mila AF selepas timbulnya isu antara tajaan dan bayaran. 

Sementara, pengacara dan deejay radio popular, Linda Onn terjebak dengan kes putus kasih dengan Fahrin Ahmad dan sentimen mereka itu terbawa-bawa sehingga set Sehati Berdansa 2. Mungkinkah 2009 yang baru menjelma akan memberi sinar baru terhadap Linda Onn?

Jom ikuti ucapan dan azam Tahun Baru 2009 bersama 4 selebriti panazz ini. 

Dato’ Siti Nurhaliza, Penyanyi

“Kontroversi akan datang tanpa kita sangka. Sebagai artis, Siti tidak boleh lari dari kontroversi. Selagi bergelar anak seni, maka Siti akan terus berdepan bermacam-macam gosip. Bagaimanapun kontroversi selalunya membuatkan Siti lebih sabar, matang dan matang.

“Untuk 2009, sudah semestinya Siti ingin menjadi insan yang lebih berjaya. Dari segi peribadi, Siti ingin menjadi manusia yang lebih baik, sama ada sebagai isteri, anak dan ibu.

“Dari segi kerjaya, Siti mahu album Lantera Timur yang baru dipasarkan mendapat jualan terbaik. Insya-Allah Siti juga akan mengadakan konsert amal tahun hadapan dan juga konsert tradisional. Itu semua sudah menjadi perancangan Siti bagi tahun 2009.

“Siti bersyukur, 2008 telah menunjukkan beberapa kejayaan sudah tercapai, salah satunya konsert akustik di Singapura yang memberi kenangan manis buat Siti”

Norman Hakim, Pelakon

“Walaupun kita sudah tinggalkan 2008, saya akan tetap memandang ke belakang untuk mengambil iktibar apa juga yang telah saya lalui. Saya mahu lebih muhasabahkan diri untuk meneruskan hidup. Saya tidak mahu perkatakan lagi apa yang telah berlaku kerana saya mahu bergerak ke hadapan.

“Saya juga hargai apa juga komen dan teguran masyarakat di luar sana kerana itu hak masyarakat dan ada di antaranya membuatkan saya sedar dan menjadi lebih kuat. Sebagai ayah, peranan saya akan tetap teruskan seperti biasa. Selain bekerja, urusan anak-anak tidak akan saya abaikan. 

“Dari segi kerjaya, insya-Allah, saya bercadang untuk menerbitkan sebuah filem usahasama pada 2009. Walaupun melawan arus dengan kegawatan ekonomi yang akan berlaku, tapi saya tetap positif . Semoga 2009 akan lebih baik untuk kita semua.” 

Hatta Dolmat,  Pereka Fesyen

“Alhamdulillah sebelum melangkah ke 2009, saya telah dipilih sebagai Pereka Fesyen Paling Popular untuk ABPBH 2007. Pengitirafan itu saya anggap sebagai satu anugerah penting untuk terus dihargai oleh masyarakat.

“Saya akan cuba elakkan kontroversi. Apa yang berlaku sepanjang 2007 dan 2008 sudahpun selesai. Artis-artis yang pernah dikaitkannya dengan saya dulu pun semua sudah OK.

“Kalau boleh untuk 2009, saya mahu bekerjasama dengan Maya Karin pula sebab dia antara artis yang saya kagumi sejak dulu lagi. 

“Saya juga begitu mengharapkan agar bidang fesyen di Malaysia akan lebih maju, walaupun dengan kegawatan ekonomi dijangka akan berlaku pada 2009.” 

Linda Onn, Deejay & Pengacara

“Ada 3 perkara yang menjadi azam saya tahun depan. Pertama, saya mahu jadikan restoran My Mom’s Chicken Rice sebagai sebuah perniagaan francais. Sebab itulah sekarang saya sedang sibuk mengikuti kursus di dalam dan di luar negara.

“Kedua, dari sudut peribadi, kalau ditemukan jodoh, memang saya ingin berumahtangga pada 2009 ini. Saya sudah bersedia sepenuhnya. Malah saya sebenarnya sudah bersedia untuk berkahwin sejak 2008 lagi, tapi tiada jodoh.
Saya berdoa agar keinginan saya ini akan tercapai. Kalau boleh tak mahu dilambatkan lagi.

“Mengenai kerjaya saya di radio pula, sekarang baru beberapa minggu saya di Sinar FM dan saya harap kerjaya saya semakin bersinar dan berazam untuk kerja lebih kuat. “

Murai

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: