Tuah Ayat-Ayat Cinta

25 Dec

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

Rap
SELEPAS 12 tahun membabitkan diri dalam dunia seni, akhirnya November lalu impian besar penyanyi popular seberang, Rossa Roslaina Sri Handayani, 30, atau Rossa terlaksana apabila pertama kali mengadakan konsert solo di Dewan Plenary, Jakarta Convention Centre, Indonesia.

Kejayaan penganjuran konsert ini dipercayai kerana tuah lagu Ayat-Ayat Cinta yang membawa Rossa melangkah jauh dalam industri muzik serantau sehingga memenangi anugerah dan kini muncul sebagai penyanyi wanita paling popular di tanah kelahirannya.

Sesuai status dan kedudukan, konsert bertemakan Persembahan Cinta Rossa itu ditonton hampir 5,000 orang dan menarik apabila beberapa artis tempatan turut hadir menyaksikannya seperti Winnie K dan kakak kepada Datuk Siti Nurhaliza, Saida.

Bagaimanapun, sebagai orang baru pertama kali menghiburkan peminat di konsert besar, sudah tentu banyak kelemahan yang boleh diperbaiki terutama membabitkan sistem teknikal dan bunyi.

Pada persembahan awal, konsert menghadapi masalah apabila layar diletakkan di kiri dan kanan pentas tidak berfungsi dengan baik menyebabkan penonton yang duduk di sebelah kiri dan kanan Dewan Plenary tidak dapat menyaksikan persembahannya dengan sempurna.

Perkara itu berlaku disebabkan pentas yang digunakan berbentuk teaterikal dan ditutup kiri kanannya dengan kain hitam sedangkan ruang dewan bulat.

Menggunakan khidmat dua penerbit muzik iaitu Erwin Gutawa dan Jay Subyakto, ternyata ia memberikan kelebihan kepada Rossa untuk memastikan persembahan dilakukan sedikit berbeza dari segi muzik dipersembahkan.

Ditemui di belakang pentas sebaik persembahan tamat, Rossa akui ada masalah timbul membuatkan produksi berhadapan dengan masalah. Memandangkan segalanya dilakukan secara manual termasuk pergerakan pentas.

“Pentas kecil yang saya gunakan sebagai contoh, tiba-tiba saja rodanya patah menyebabkan ia terpaksa diangkat untuk memindahkannya beberapa kali.

“Pengarah muzik saya, Jaya Subyakto sendiri menyatakan Dewan Plenary ini sebenarnya hanya sesuai untuk dilakukan persidangan dan bukan persembahan muzik seperti konsert kerana ia tidak dapat memantulkan bunyi dengan sempurna.

“Bagaimanapun, dalam serba kekurangan, saya tetap gembira dan benar-benar bersyukur kerana konsert yang pertama kali saya lakukan ini berjalan dengan baik.

“Kelihatan penonton bergembira dan menyanyi bersama dan paling menyentuh perasaan apabila ada artis besar (Indonesia) seperti Yuni Shara, Kris Dayanti, Shanti, Ruth Sahanaya dan ramai lagi hadir sebagai tanda sokongan,” katanya.

Sebelum konsert ini berlangsung turut timbul kekecohan apabila berlaku tunjuk perasaan apabila ada pihak tidak berpuas hati dengan Konsert Persembahan Cinta Rossa yang ditaja syarikat pengeluar rokok. Memberikan komen mengenai itu kata Rossa perkara itu di luar bidang kuasanya dan tidak seharusnya ia diperbesar-besarkan.

“Dalam apa juga keadaan, saya hargai akan sumbangan diberikan syarikat itu yang sekurang-kurangnya membantu karyawan di seberang untuk terus aktif mengadakan persembahan terbuka dan konsert.

“Bayangkan tanpa sumbangan diberikan, mungkin impian saya untuk melakukan persembahan besar seperti ini tidak akan terlaksana,” katanya.

Persembahan itu bagaimana pun tidak dapat saksikan suaminya Yoyo yang juga pemain dram kumpulan popular seberang Padi, yang kebetulan pada waktu sama terbang ke New York, Amerika Syarikat bagi mengadakan persembahan.

“Yoyo sebelum itu lagi sudah banyak memberikan tip kepada saya bagaimana hendak beraksi di atas pentas. Dia turut menghubungi saya sebelum persembahan bermula dan mendoakan agar segalanya berjalan lancar,” katanya lagi

Bonus buat peminat yang hadir menyaksikan persembahan Konsert Persembahan Cinta Rossa, apabila turut tampil menyanyi bersama Rossa di atas pentas, Pansha daripada kumpulan Ungu mendendangkan lagu Tercipta Untukku dan komposer lagu Ayat-Ayat Cinta, Melly Goeslaw.

Malam itu, Rossa mendendangkan hampir 15 lagu popular dendangan daripada lapan album pernah dihasilkan antaranya Nada-Nada Cinta, Tegar, Hati Yang Terpilih, Kini, Malam Pertama, Aku Bukan Untukmu, Pudar, Yang Terpilih dan Terlalu Cinta.

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: