Siti Nafi 'Buang Lemak'

25 Dec

SEKEJAP ‘kembang’, sekejap ‘kuncup’.

Apabila dirinya mengembang, ia dikatakan mungkin ekoran pembawaan budak. Hakikatnya, tidak ada budak yang dibawa atau cakap ringkasnya, dirinya tidak hamil.

Jadi apabila penampilan jelitawan dari seberang, Siti Nurhaliza, tiba-tiba ‘menguncup’ atau ramping mendadak baru-baru ini, timbul pula desas-desus lain.

Siti, yang muncul dalam Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 baru-baru ini, dikatakan berjaya mengembalikan susuk tubuh asalnya ekoran rawatan pembedahan buang lemak!

‘Memang Siti ada terbaca gosip artis buang lemak. Begitu juga dengan khabar angin kononnya artis sedut lemak di Klang… Siti sumpah, Siti tak pernah buat benda tu (buang lemak).

‘Orang tak tahu betapa susahnya Siti nak dapatkan balik badan kurus ni. Sejak Ramadan lalu, Siti tak makan nasi! Siti lebihkan makan buah-buahan dan sayur saja.

‘Pun begitu, Siti tak nafikan awal tahun ini memang Siti ada mendapatkan rawatan urutan muka di sebuah pusat kecantikan di Klang, tapi bukannya buang atau sedut lemak seperti yang dicanang dalam gosip itu.

‘Biarlah apa orang nak cakap. Lagi Siti difitnah, lagi murah rezeki Siti,’ ujar Siti dalam laporan akhbar Berita Minggu Malaysia.

Soal kehamilan pula, Siti mengakui beliau belum ‘berisi’.

Cyberita

4 Responses to “Siti Nafi 'Buang Lemak'”

  1. mustang January 1, 2009 at 7:48 pm #

    mcm mana le nak berisi kalau asik gila kejar duit dan glamour je. kalau berisi perut dia makanya tak ada can le nak melompat2 kat depat orang. tak ke gitu tok kembang…. Happy new Year to everyone….

  2. kekwa January 2, 2009 at 10:17 am #

    nak puas2 cari duit dulu, barulah perut tu berisi….lagi pon laki dia penat jaga anak keciq

  3. wawa January 2, 2009 at 6:12 pm #

    siti tak buang lemak lah dah mmg siti cun nak wat cane ?

  4. cykepo January 2, 2009 at 10:31 pm #

    Alamak bro mustang!!!selamatlah, dah lama tak jengok2. bro ni memang tunggu 1st jan nak buat appearance ke? Almaklum nak buka lembaran baru, kot2 perspektif baru ke?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: