Muka Saya Biasa Saja

23 Dec

Oleh Zaidi Mohamad

FAZLI sedar sebagai selebriti dia harus menjaga penampilan.

Fazli Zainal anggap perubahan wajah hanya untuk persembahan di pentas

“SUMPAH saya tidak suntik,” kata Fazli Zainal menidakkan desas-desus kononnya perubahan pada wajah gebunya yang disangka kerana membuat ‘operasi wajah’.

Ini paling ketara dilihat ketika penampilannya di separuh akhir Muzik Muzik kategori Etnik Kreatif . Ketika itu dia menyanyikan lagu Lambaian.

Dalam penampilannya itu, wajah Fazli dilihat begitu berubah secara drastik apabila susuk tubuhnya semakin mengembang, rambut hitamnya diwarnakan perang dan kulit mukanya semakin halus mulus.

Bagaimanapun, Fazli mengaku dia memang mewarnakan rambut selepas sekian lama tidak berbuat demikian ketika bekerja sebagai penyanyi di kelab malam.

“Sebelum ini, bukan saja warna perang, malahan saya pernah cuba mewarnakan rambut ini dengan biru, kuning dan merah,” katanya.

Selain mewarnakan rambut, penyanyi yang suatu ketika pernah popular dengan lagu Harapan itu, turut mengaku gemar bersolek setiap kali hendak membuat sesuatu persembahan.

Jelasnya, rambutnya diwarnakan atas nasihat seorang perunding imej dan ia sebagai eksperimen bersempena album kedua yang bakal muncul pada 2009.

Bagaimanapun, sekiranya penampilan itu tidak sesuai dan mungkin boleh membuatkan masyarakat memberi pandangan negatif, dia akan tampil dengan warna rambut asalnya.

“Tapi dalam hal ini (menyuntik muka dengan botoks atau kolagen) itu tidak betul. Kalau memang saya tak buat, mengapa saya hendak cakap pasal hal itu. Saya menganggap ia sebagai asam garam dunia hiburan dan yang penting memang saya tidak melakukan suntikan apa-apa terhadap muka ini.

“Saya anggap ini gosip semata-mata. Ia hanya tafsiran orang terhadap kita saja. Saya kena reda dengan pandangan seperti ini. Saya tidak pasti adakah perkara ini ditimbulkan oleh mereka yang cemburu dengan saya?

“Fasal rambut pula, sebenarnya apabila warna rambut saya berubah, tekstur kulit saya juga akan berubah dan nampak berseri. Hakikatnya kulit saya nampak lain gara-gara makan pil dan vitamin yang secara langsung menaikkan berat badan dan selera makan saya.

“Ini ditambah pula dengan solekan lagi maka bertambah lainlah kulit saya apatah lagi dilimpahi pencahayaan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan persembahan di Laman Santai anjuran Finas di Istana Budaya.

Ditanya lebih lanjut mengenai pengambilan pil vitamin yang menjadi rutinnya sejak hampir setahun lalu, penyanyi itu berkata, dia menelan 10 biji sehari dan ia memang memberi kesan dalam aspek kesihatan dan tenaga.

“Kalau orang yang buat suntikan, kesan perubahannya akan terjadi serta merta tapi saya hanya berlaku sekarang. Saya amalkan memakan vitamin E, C, kalsium, herba untuk kulit dan rambut, misai kucing dan tongkat ali (untuk tenaga dalaman) dan pati prun.

“Selain itu, saya amalkan meminum minyak kelapa dara untuk membersihkan saluran yang tersumbat di dalam darah,” katanya

Mengenai kerjaya nyanyiannya, Fazli berkata, dia sedang dalam proses merakamkan suara untuk dua lagu yang dilakukan di Indonesia dengan satu daripada lagu itu berjudul Lelaki Sempurna.

“Saya juga didekati penyanyi Ifa Raziah dan Nora untuk berduet dengan mereka dalam dua buah lagu berbeza berkonsepkan etnik kotemporari. Dua lagu ini akan dirakamkan pada awal Januari depan. Untuk lagu duet dengan Nora, judulnya diberi nama Sayangnya,” katanya.

INFO: Fazli Zainal Nama sebenar: Fazli Zainal Umur: 31 tahun Tarikh lahir: 26 Disember 1977 Hobi: Bermain boling dan melayari internet. Pencapaian: Finalis AIM14, kategori Artis Baru Terbaik dan Album Pop Terbaik, finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Artis Baru Lelaki Popular, finalis Anugerah Juara Lagu 22, kategori Balada lagu Harapan. Artis undangan konsert Tan Sri P Ramlee & Puan Sri Saloma oleh Datuk Siti Nurhaliza. * Menyanyi kelab selama lapan tahun.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: