Astro Tak Maklum TV3 Secara Rasmi

23 Dec

Oleh Farihad Shalla Mahmud

Keliru hak siaran eksklusif Mawi, Ekin

KUALA LUMPUR: Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) tidak berniat untuk mempertikaikan stesen televisyen berbayar, Astro sebagai pemegang hak penyiaran eksklusif untuk majlis pernikahan Mawi dan Ekin yang berlangsung Sabtu lalu.

Sebaliknya, ia berlaku disebabkan timbulnya kekeliruan kerana TV3 tidak dimaklumkan secara rasmi oleh Astro mengenai acara yang boleh dan tidak dibenarkan untuk membuat liputan majlis itu.

Ini membuatkan TV3 mempersoalkan mengenai etika liputan yang diberikan Astro.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan, berkata perkara itu boleh dielakkan jika penganjur, iaitu Astro mengambil inisiatif dengan memaklumkan syarat perlu dipatuhi TV3.

“Ketika majlis perkahwinan Datin Seri Siti Nurhaliza dua tahun lalu, kami ada menghantar jemputan kepada Astro dan RTM dan menjelaskan secara terperinci kepada kedua-dua stesen ini berkenaan dengan apa yang dibenarkan dan dilarang sepanjang acara yang disifatkan sebagai eksklusif itu berlangsung.

“Jadi, kami ingatkan mereka juga melakukan perkara sama, iaitu dengan memberikan maklumat jelas kepada pihak kami.

“Bagaimanapun, selepas ini, atas dasar saling menghormati, kami akan menulis surat kepada pihak Astro untuk meminta keizinan membuat majlis persandingan Mawi di Kulai, Johor dan Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media memperkenalkan 10 peserta Pesona Nona, semalam.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kontroversi ada wartawan, termasuk daripada TV3 dihalau dan tidak dibenarkan membuat liputan majlis pernikahan Mawi dan Ekin di Johor Bahru, Sabtu lalu.

Farid berkata, TV3 juga akur dengan pembabitan Astro sebagai penganjur, tetapi liputan majlis perkahwinan penyanyi popular tanah air seperti Mawi sepatutnya boleh dikongsi bersama asalkan ia tidak melanggar batas hak eksklusif penyiaran stesen televisyen berbayar itu.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: