TV3 Tidak Dihalau

22 Dec

Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my

DEBARAN memuncak ketika lafaz akad nikah.

Stesen televisyen itu sepatutnya sudah maklum majlis pernikahan Mawi, Ekin hak eksklusif Astro

KECOH seketika apabila berita Buletin Utama malam kelmarin menyiarkan laporan kononnya ada wartawan di halang dari membuat liputan majlis akad nikah membabitkan Mawi dan Ekin.

Menurut laporan itu, wartawan yang bertugas di lokasi terbabit iaitu Masjid Sultan Abu Bakar merasa kecewa apabila penganjur enggan memberi kebenaran mereka merakamkan detik bersejarah Mawi dan Ekin serta menghadiri sesi sidang media sejurus selepas kedua mempelai itu bergelar suami isteri.

Pastinya insiden itu mengingatkan kembali kepada situasi yang pernah berlaku sebelum ini iaitu sewaktu majlis perkahwinan membabitkan pasangan sensasi Bunga Citra Lestari dan Ashraf Sinclair.

Dan, ini secara tidak langsung sekali lagi nama dan maruah wartawan hiburan tercalar apabila dakwaan ini tersebar luas.

Untuk meleraikan kekeliruan itu, Ketua Perniagaan Bahagian Melayu Khairul Anwar Salleh menafikan berlakunya insiden dihalau seperti yang didakwa.

Jelasnya, apa yang mereka lakukan sebenarnya mempunyai sebab kukuh kerana itu adalah hak mereka sebagai penyiar eksklusif majlis pernikahan itu.

“Seperti yang semua pihak sedia maklum, acara pernikahan ini memang hak eksklusif Astro dan memang tidak ada stesen televisyen lain boleh merakamkan acara ini. Pun begitu, kami ada memberikan ruang dan peluang lain kepada mereka iaitu selepas acara berakhir.

“Macam wartawan TV3 berkenaan, kami tetap memberi peluang mereka untuk menemubual Mawi dan Ekin selepas itu. Namun apabila kami menontonnya cerita lain pula yang dikeluarkan.

“Pada kami penyiaran berita yang mengatakan Astro menghalau wartawan itu sebenarnya tidak berasas,” tegas Khairul yang sedikit terkilan dengan penyiaran berita itu.

Tambah Khairul, walaupun Astro mempunyai hak eksklusif namun mereka masih boleh berkompromi berdasarkan syarat tertentu.

“Sebelum ini pun kami mendapat tahu yang ada pihak di sana yang berminat untuk merakamkan majlis itu. Mereka menyatakan hasrat itu kepada wakil Maestro menerusi kiriman SMS. Dan reaksi kami, seboleh mungkin kami akan cuba memberikan apa yang termampu oleh kami asalkan mereka dapat tampil dengan kertas kerja.Malangnya mereka mendiamkan diri dan perkara itu terbiar begitu saja,”jelas Khairul yang ditemui selepas majlis persandingan Mawi & Ekin yang berlangsung di

Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bharu (MBJB).

Hadir sama pengurus saluran Oasis, Izelan Basar dan pengurus saluran Prima, Nizam Sani.

Mengenai persoalan apakah perbuatan mereka itu nanti bakal menjejaskan hubungan Mawi dengan TV3, Khairul berkata mereka tidak melihat perkara itu sedemikian rupa.

“Saya percaya jika mereka melihat mawi dari sudut bakat, mereka tidak akan buat perkara sedemikian,” kata Khairul ringkas.

Tiada istilah balas dendam

DIAJUKAN pertanyaan apakah tindakan mereka menghalang krew TV3 daripada menjalankan tugas sebagai agenda ‘balas dendam’ atas apa yang yang pernah mereka lalui sewaktu majlis perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza dua tahun lalu, Izelan menafikan perkara itu.

“Tidak ada istilah balas dendam. Lagipun majlis perkahwinan adalah suatu perkara yang suci. Buat apa kita hendak mencemarinya dengan perkara seperti ini. Cuma apa yang ingin saya tegaskan adalah perkara ini ada kaitan dengan hak eksklusif penyiaran. Saya berharap mereka memahami situasi ini,” katanya.

Sementara itu, Mawi ketika mengulas insiden itu mengakui merasa kesal terhadap apa yang berlaku.

“Saya memberikan kerjasama yang baik sewaktu mereka menemubual saya tadi. Jadi apabila ada pihak memberitahu saya yang ada keluar cerita mengenai kekecohan itu sewaktu berita jam 1.30 petang, saya memang terkejut sangat.

“Saya akui kesal kerana perkara ini seolah-olah cuba diperbesar-besarkan. Namun saya akui bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang. Jadi selepas ini saya akan lebih berhati-hati,” katanya yang tidak dapat memberi jaminan apakah perkara yang sama akan berlaku untuk dua majlis yang akan datang memandangkan acara itu masih lagi menjadi hak milik Astro.

Sebagai tuan rumah pula, Ekin menyifatkan perkara itu sebagai asam garam dalam sesebuah majlis perkahwinan.

“Biasalah, dalam setiap majlis pasti tak akan berlangsung dalam keadaan sempurna. Mesti ada cacat-cela di sana sini. Begitupun, saya harap semua pihak dapat menerima majlis ini seadanya,” pinta Ekin penuh pengertian.

Majlis bertandang sebelah pengantin lelaki akan diadakan minggu depan di Felda Taib Andak, Kulai sebelum diteruskan dengan majlis resepsi ala Timur Tengah di Palace Of The Golden Horses, 11 Januari depan.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: