Stailo: Pesona 34 Tahun

20 Dec

Oleh Fairuz Zaidan
fairuzaidan@bharian.com.my

Lord’s Tailor terus memukau dengan sut, tuksedo jejaka

BAGAIKAN majlis anugerah gilang-gemilang!

Begitulah gimik pelancaran butik baru Lord’s Tailor di Pusat Beli Belah Bangsar (BSC), Kuala Lumpur, baru-baru ini. Mengapa tidak, majlis petang berkonsep santai itu menampilkan 25 selebriti lelaki menggayakan persalinan terbaru Lord’s Tailor penuh pesona.

Nyata aura maskulin selebriti terserlah tatkala menggayakan persalinan tuksedo serta kemeja potongan terkini. Dilengkapi pula dengan aksesori tambahan tali leher dan bow-tie, cukup mencuri tumpuan. Apatah lagi himpunan rona yang ditampilkan, semua 25 jejaka tampak segak dan berkeyakinan!

Ada sebab mengapa 25 selebriti popular itu tampil petang itu. Segagah nama Lord’s Tailor, begitulah faktor X yang dimiliki setiap selebriti terpilih hingga mampu mengundang perhatian siapa saja, terutama wanita.

Pengarah Urusan Lord’s Tailor, Robert Loh, berkata pihaknya serasi bekerjasama dengan selebriti dan model tempatan dalam menggayakan ciptaan Lord’s Tailor.

Malah, persalinan Lord’s Tailor menjadi pilihan selebriti menghadiri majlis berprestij seperti Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).

“Selama 34 tahun jenama Lord’s Tailor beroperasi, tidak dapat dinafikan kami mempunyai ramai kelompok pelanggan termasuk selebriti. Kami bergerak seiring dan impak publisiti yang digayakan selebriti ini cukup menyerlah,” kata Loh.

Lord’s Tailor di BSC adalah cawangan kedua jenama pakaian terkenal itu selepas premis pertamanya di The Ampwalk (Ampang Walk).

Selain kehadiran Bintang Paling Popular ABPBH, Mawi, selebriti lelaki lain yang terpilih menggayakan persalinan terbaru Lord’s Tailor ialah Rosyam Nor; Fahrin Ahmad; Farid Kamil; Aaron Aziz; Nazril Idrus; Ashraf Muslim; Iqram Dinzly; Tony Eusoff dan Dafi.

Turut ternampak kelibatnya ialah Adam dan Shawal serta dua bakat kelahiran Indonesia, Dimas dan Kiky Rizky.

Majlis pelancaran butik baru Lord’s Tailor lebih berseri dengan kemunculan tetamu istimewa, Datuk Siti Nurhaliza. Beliau anggun menggayakan persalinan Lord’s Tailor berwarna merah jambu selain bintang remaja, Diana Danielle.

Majlis pelancaran cawangan baru itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (NSTP), Datuk Hishamuddin Aun serta Pengurus Besar Perisian dan Industri Primeworks Studio, Azhar Borhan.

Lord’s Tailor yang sudah 34 tahun mempelopori perniagaan rekaan sut dan tuksedo, makin mendapat perhatian selebriti sejak terbabit dalam ABPBH, dua tahun lalu.

Memetik kata-kata Loh, pakaian dan artis adalah dua perkara saling berkait.

“Artis memerlukan pakaian untuk bergaya ke pelbagai majlis. Ini secara tidak langsung memberi idea kepada kepada kami untuk menghasilkan sut dan tuksedo yang berwarna-warni,” katanya.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: