Dengarnya… Perihal Tudung Siti

17 Dec

Oleh Normah Becok

Datuk Siti Nurhaliza

CIK Normah tahu sangat, kalau Cik Normah sentuh perihal penyanyi yang seorang ini pasti ramai peminatnya akan melenting. Tapi memandangkan Cik Normah tak suka nak pilih bulu atau pilih kasih, jadi Cik Normah tetap hendak paparkan ceritanya dalam ruangan yang boleh tahan glamor ini.

Lagi pun perkara ini juga turut diperkatakan peminat setia ruangan ini iaitu Miss Sukhinova yang mengirimkan e-mel kepada Cik Normah mengadu mengenai tudung penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza yang dilihatnya semakin lama semakin ke belakang sehingga menampakkan sebahagian rambutnya.

Kata Miss Sukhinova lagi, memanglah sebelum ini Siti tidak menutup keseluruhan rambutnya, tetapi tak adalah macam sekarang yang menurut pandangan matanya tidak manis. Bebelnya lagi, kalau begitulah fesyen tudung Siti sejak kebelakangan ini, baik dia buka terus tudung atau selendang yang menghiasi kepalanya itu.

Lagi pun Siti akan lebih cantik jika dia kembali dengan imej terdahulu.

Wah! Panas betul kata-kata yang disiarkan dalam e-mel itu. Banyak juga sebab yang diberikan, cuma Cik Normah tak mahu siarkan saja bimbang ruangan ini terbakar pula. Cik Normah kalau boleh tak mahu ikut campur tangan dalam hal seperti ini.

Cik Normah pun tak bertudung dan masih lagi berkebaya ketat atau kadang-kadang memakai skirt kalau berjalan ke sana sini. Bagi Cik Normah terpulang kepada Siti hendak memakai tudung yang bagaimana. Lagi pun sebelum ini Siti pernah berkata yang dia akan memakai mengikut keselesaan sendiri.

Tak apalah Siti, anggap sajalah teguran itu sebagai sesuatu yang positif daripada peminat setia.

Yang pasti, Cik Normah tak sabar nak dengar album terbaru Siti yang berjudul Lentera Timur. Khabarnya album itu akan berada di pasaran pada 26 Disember ini. Pada peminat Siti tu, jangan lupa dapatkan album itu di pasaran tau.

Berita Harian

16 Responses to “Dengarnya… Perihal Tudung Siti”

  1. asam December 18, 2008 at 2:26 pm #

    hai.dtk ct….semakin nampak jambulnya…lama2 terus nampak seluruh rambut….apa maknanya bertudung jika mahkota kita di nampakkan…jgn mempermain-mainkan hukum Allah…berdosa…awak tu banyak peminat…nanti peminat fanatik awak terikut2 bertudung cam awak….tambah lagi dosa….

  2. siti December 18, 2008 at 5:19 pm #

    hai cek siti..
    kalo boleh usul jgn lg pakai tudung2 yg kampungan seperti ini ya…?
    malu-malui aja…

    salam manis dari penggemar mu di Medan (Indonesia)

  3. elaine December 19, 2008 at 12:39 pm #

    MM..sia rasa tak elok org-org di luar sana selalu kutuk kutuk org lain…betuk tak? macam takde kerja lain selain drp kerja kerja kutuk..kenapa..dgn begini baru boleh dapat duit ke? mcm ct wlaupun sia bukan peminat dia, tapi dia pernah mengatakan yang dia bukan menutup abis rambutnya, dia perlukan masa dgn rela hatinya bukan dengan paksa, baru akan mengenakan tudung tutup..kan dulu semua majalah ada dia punya keterangan, dah lupa ke? fesyen ct sekarang pun cantik ada stail dia jugak…asalkan dia selesa bukan ka gitu? takan nak suruh dia tutup semua hingga nampak itu dua bijik mata saja?! bagus dia duduk kat rumah ajelah bagi laki dia tengok..

  4. hentam December 19, 2008 at 1:07 pm #

    ooo yes, style habis tok t ni pakai. wa caya banyak pengikut dia nanti.sorilah beb ni bukan stail muslimah tapi stail syok sendiri tok t. baguslah tu. syabas!!!oi elaine apa dua biji mata ni? kau tak tau tentang pakaian muslimah yang betol, jgn nak komen banyak2 ha.tak ada suruh tok t tutup sampai nampak dua biji mata. cakap baik2 ha. kalau dia nak buat gitu lagi aman dunia, kau tau tak?

  5. elaine December 19, 2008 at 3:26 pm #

    itulah sdh komen sikit pun sudh tak puas hati…..apa blh buat…kau org mmg senang kecil hati….byk byk sembahyang ya….buat cik ct apapun fesyen tudung yg ct kenakan asalkan cantik & selesa tak payahlah pedulikan kata kata org lain, mulut laser kadang kala susah nak ditutup, betul tak?

  6. Pemerhati December 20, 2008 at 2:39 pm #

    To elaine..lu kta lu xminat tok t..kalu btl xminat nape bela sgt dia??xperlu myuruh org lain sembahyang kalu anda tu blum btul sembahyangnya..kita mgutuk bkn nak mjatuhkan ct tapi myedarkan dia..fesyen dia sgt bertentangan dgn ajaran islam..kalu xnk pakai..buang trus tudung tu..xyah pakai..dosa anda pakai cantu sama jer ngan xpakai

  7. Pemerhati December 20, 2008 at 2:44 pm #

    Sebagai khalifah di muka bumi ini..wajib bg kita untuk menegur seseorang tu sekiranya dia dah tersasar dari landasan yg betul..tujuannya bkn utk menjatuhkan org tu tapi menegur utk kebaikan bersama..ini ker yg dinamakan ikon malaysia?? Tok t sepatutnya fikir secara mdalam sblm mgeluarkan kyataan 1 ketika dulu..jgn main redah jer..skrg kan org akan takwil kalu u xpakai tdung..memula blk mekah bkn main g tutup siap pkai skaf kt dlm..tpi lani skaf dah bertukar ke rambut asal..sama2 la kita fikirkan utk ISLAM

  8. hentam December 20, 2008 at 10:58 pm #

    to elaine, pasal puas hatilah aku komen beb.hati kito memang kecik saiznye kalau nak tau. engkau pun tak puas nampak? so, sama2lah manyak2 sembahyang eh.sbb berbalas komen aku ni kat sini.

  9. elaine December 22, 2008 at 4:10 pm #

    takpelah ,manusia mmg bebas bersuara utk menyatakan pendapat masing-masing…

  10. guraba December 22, 2008 at 10:24 pm #

    Lantak dia lah…sesuka hati kejab pakai tudung, walaupun nampak rambut,leher,telinga…ala benazir, funny if she dah declare kat mag that she not planning to wear hijab properly and fully, why in the first plc, pakai mcm benazir….?Nie, nama aje hajah…ingatkan tau taksif mana halal mana haram… tau meaning of the islamic clothing for women…the true ways of hijab…nie sesuka hati…kalau tak terkenal takpe…kalau esok lusa, im sure even now, women who wear hijab follow her style…or thinks that wearing hijab is like wearing hat…first mcm benazir, then mcm jewish…imagibe, kalau semua wanita yg berhijab pakai mcm siti?

  11. guraba December 22, 2008 at 10:26 pm #

    wearing hijab w/o the proper way…are for those wif bad hair day…

  12. kekwa December 26, 2008 at 4:12 pm #

    ctot hoi, pakai lah elok2 sikit, suka sgt cari glamor gila
    tu….kalau tak suka org kutok pakailah elok2, pakailah
    otak sikit…mentang2 kau tu artis gila glamor, org tak pandang kau punya harta menimbun, tapi kelakuan biarlah elok sikit….ini macam mak budak lepasan SPM

  13. cykepo January 2, 2009 at 10:37 pm #

    Alamak isu tudung ni memang isu sensasi tip top le beb. pandai tok menti pilih topik utk keep being talked about. makin famous seh. pandai depa cari rezeki and pahala…..keep it up!!! jgn pakai tudung, nanti orang tak bercakap lagi. orang senyap2 pasal depa nanti depa nangis…boo hoo hoo.

  14. dna January 5, 2009 at 1:37 pm #

    korang tgk gamba album baru die tu..perghh meletup rambut die tjojol..wahai siti nurhaliza taruddin, mcm mane la org xberckp pasal ko..ko sendri yg suke bikin panas..da tau kalo wat mcm tu leh timbulkan prasangka dan fitnah org..pasal ape ko wat lagi???.. ko ni nk kate bodoh..xjgk..pastu pandai lak ko bkate2 yg org kt luar xabis2 nk tabur fitnah kt ko.. fikir2kan la… yg penting kalo nk btudung….biar IKHLAS..nk pakai kerana Allah s.w.t. tutup habis..kalo bkn niat kerana Allah..xpayah pakai..senang citer!!!

  15. kekwa January 6, 2009 at 3:42 pm #

    dia suka nunjuk2….dia dah serba salah dah…terlepas
    kata, dulu dia kata org dengki kat dia sebab dapat laki
    kaya tua, dia marah org sebut dia perampas no. 1 negara…sekarang ni rambut dia pulak jojol sana sini….laki dia tu alim sgt ke sampai ceraikan bini dia?

  16. kuntau January 6, 2009 at 10:39 pm #

    wei…. jangan lah cakap cam tuh.
    suka siti lah nak pakai cam ner…..dia tengah buat datin style ler.
    esok2 dia nak bukak balik ke, tutup penuh ke, i akan tetap sokong dia.

    siti rules. album lentera timur kan… BEST BEST BEST BEST GILER.

    Rugi sapa tak beli.

    Ahag! Talk to the hand!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: