Soseh Soseh: Bukan Serba-Serbi Ditaja

15 Dec

Rap
MINGGU depan Mawi dan Ekin akan bersatu sebagai suami isteri.

Namun, rasa tidak puas hati segelintir pihak terhadap pasangan sejoli itu masih tidak habis.

Bahkan, baru-baru ini, ada seorang peminat menghubungi SS meluahkan rasa marahnya.

Peminat yang hanya mahu dikenali sebagai Ain itu mempersoalkan kenapa perlu ada portal web ekslusif pasangan itu. Katanya, kenapa perlu mengangkat perkahwinan Mawi dan Ekin segah itu.

Mereka hanya orang biasa dan popular disebabkan artis.

Bukanlah cemburu, tetapi artis di negara ini kalau ingin melangsungkan perkahwinan pasti nampak sungguh hebat. Namun, beberapa tahun selepas itu mulalah ke pejabat agama. Tidak bolehkah hanya bersederhana seperti dituntut agama?

Mendengarkan celoteh Ain memang SS tidak tahan. Pelbagai benda dipersoalkan termasuk katanya, perkahwinan Mawi dan Ekin boleh dilihat umpama satu perniagaan. Memanglah ditaja, tetapi sebaliknya mesti ada juga terpalit keuntungannya.

Entahlah, tidak tahu pula SS mengenai soal ‘untung’ ini. Bagi SS, mungkin ia sudah rezeki Mawi dan Ekin.

Malah, itulah untungnya menjadi artis. Lebih-lebih lagi, popular macam Mawi dan semestinya ramailah penaja tampil untuk turut serta menaja.

Tetapi, seingat SS, Mawi pun ada cakap tidak semua benda dalam perkahwinannya ditaja.

Maksudnya, Mawi pun ada jugalah keluar belanja. Apapun, tidak perlulah dipersoalkan perkara itu.

Cuma, SS terfikir apakah majlis Mawi dan Ekin sehebat Datuk Siti Nurhaliza dulu?

Tiada niat SS hendak bandingkan sesiapa, tetapi maklum sajalah situasi artis yang ada ramai peminat. Perlulah buat yang terbaik, kalau tidak ‘dikata’ lagi. Bagaimanapun, SS yakin semua majlis perkahwinan artis tanah air ada catatan sejarah tersendiri.

Kepada Mawi dan Ekin, SS ucapkan selamat berbahagia. Bahkan, diharap supaya perkahwinan dibina mereka berkekalan hingga akhir hayat.

Bakat kata Mawi, dia mahu berkahwin sekali saja seumur hidup dan semoga Tuhan memberkati.

Harian Metro

One Response to “Soseh Soseh: Bukan Serba-Serbi Ditaja”

  1. hentam December 16, 2008 at 11:20 am #

    apalah si SS, dia betullah Syok Sendiri punye orang. siapalah nak ‘kata’ kalau artis tak buat majlis terbaik mungkin sampai jemput orang satu stadium bukit jalil. si SS tu luahkan nafsu nafsi dia sendiri, samalh dgn orang yang membesarkan duniawi. yang penting akad nikah dan orang dah tau dia tu dah kawin.kalau tak ada niat nak banding mawi dgn tok ti, persoalaaan tu takkan timbul dlam tulisan dia. sajelah reporter ni tunjuk bagus , mcm artis2 yang dia tulis tu jugak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: