Sentuhan Ajaib Mr Loh

15 Dec

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin dan Zaidi Mohamad
serima@bharian.com.my/zaidim@bharian.com.my

SITI NURHALIZA, Diana Danielle dan selebriti lelaki merasmikan pembukaan cawangan dan wajah baru Lord’s Tailor di Bangsar Shopping Centre.

Majlis pelancaran butik baru Lord’s Tailor di Pusat Beli Belah Bangsar meriah dengan kehadiran bintang popular

UMPAMA dua bidadari dikelilingi putera idaman, kelibat dan pesona Datuk Siti Nurhaliza dan Diana Danielle cukup gah di samping kehadiran nama besar industri seni tempatan yang bergaya segak dan tampan pada majlis pelancaran butik baru, Lord’s Tailor di Pusat Beli Belah Bangsar (BSC).

Kehadiran bakal pengantin baru Mawi berserta bintang yang terus popular seperti Rosyam Nor, Fahrin Ahmad, Farid Kamil, Aaron Aziz, Nazril Idrus, Tony Eusoff, Dafi, Adam, Shawal dan dua bakat kelahiran Indonesia, Dimas dan Kiky Rizky memeriahkan lagi majlis yang mencuri tumpuan pengunjung pusat beli-belah itu.

Kelibat artis popular bukanlah perkara asing dalam majlis yang dianjurkan Lord’s Tailor kerana butik pakaian itu tidak pernah berkira dalam soal memberi tajaan pakaian kepada artis atau selebriti yang terbabit dalam sebarang majlis anugerah terutama Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Majlis pelancaran cawangan baru butik ini di BSC pada 11 Oktober lalu yang turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk Hishamuddin Aun dan Pengurus Besar Perisian & Industri Primeworks Studio, Azhar Borhan, bagaikan petanda butik pakaian itu semakin memperhebatkan penjenamaan mereka.

Jenama yang sudah 34 tahun mempelopori perniagaan rekaan sut dan tuksedo itu mula menjadi pilihan selebriti sejak pembabitannya dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dua tahun lalu. Sejak mula terbabit dengan dunia hiburan tempatan, jenama itu pernah menaja sut buat Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ketika bersanding dengan Siti Nurhaliza.

Bagi mengembangkan lagi jenamanya, Lord’s Tailor juga bakal menaja sut untuk majlis memotong kek di majlis persandingan Mawi pada 11 Januari ini di Hotel Palace Of The Golden Horses.

Pengarah Pemasarannya, Loh Lee Lee, berkata Lord’s Tailor berbangga kerana dapat bersama-sama mewarnai dan memeriahkan dunia seni tempatan dengan menaja sut dan tuksedo buat selebriti.

Katanya, Lord’s Tailor akan terus memberi sokongan kepada ABPBH dan sentiasa menantikan kehadiran acara berprestij itu saban tahun.

“Usaha Berita Harian menganjurkan majlis anugerah seperti ABPBH ternyata satu usaha yang baik kerana sanggup memperuntukkan masa serta wang untuk majlis besar seperti itu. Sebagai sebuah syarikat perniagaan pakaian yang tentunya ada kaitan dengan dunia hiburan, kami akan sentiasa menyokong usaha Berita Harian.


ANTARA selebriti yang hadir.

“Pakaian dan artis adalah dua benda yang saling berkaitan. Artis memerlukan pakaian untuk bergaya ke pelbagai majlis dan ini secara tidak langsung memberi idea kepada Lord’s untuk menghasilkan sut dan tuksedo yang berwarna-warni untuk disesuaikan dengan acara hiburan,” kata Loh.

Bagi memastikan kualiti jenamanya terus terjamin, kata Loh mereka tidak bercadang untuk menambahkan cawangan syarikat buat masa ini supaya dapat mengekalkan kualiti dan menjadikan jenama Lord’s Tailor terus eksklusif dan diingati setiap pelanggan.

Apa kata selebriti mengenai kualiti Lord’s Tailor:

Iqram Dinzly: Sudah setahun saya bekerjasama dengan Lord’s Tailor dan tak dinafikan kualiti jahitan dan potongan cukup sedap dan selesa. Sewaktu kali pertama saya memakainya pada ABPBH lalu, saya mula berasa corak pemakaiannya sangat terletak dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Material yang digunakan lain daripada kebiasaan, seperti baju yang saya pakai kali ini ia bermotifkan bunga dengan padanan kain kapas Itali yang cukup menyejukkan badan. Siapa kata lelaki tidak boleh memakai baju bercorak bunga? Lord’s Tailor mengiyakan pandangan ini.

Ashraf Muslim: Ini kali pertama saya mendapat tajaan pakaian daripada butik ini dan tak sangka ia akan terus menjadi koleksi peribadi milik saya selama-lamanya. Potongannya kemas, nampak klasik dan mempunyai kelas yang tersendiri.

Adam: Seperti Ashraf Muslim, ini juga kali pertama Adam mendapat tajaan Lord’s Tailor. Sentuhan Mr Loh sangat magis dan mempunyai aura yang sangat tersendiri. Gaya yang cukup maskulin dan bukan terbatas untuk golongan dewasa saja, golongan seperti kami yang masih muda remaja juga pasti yakin tatkala mengenakan busana milik Mr Loh ini.

Dafi: Ini kali ketiga Dafi bekerjasama dengan Lord’s Tailor dan sepanjang kerjasama ini, Dafi sudah mempunyai empat koleksi sut pemberian mereka. Salah satunya, Dafi terima sebagai hadiah bersempena hari lahir Dafi yang ke-20 tahun pada 14 Disember lalu. Apa yang boleh Dafi katakan, kualiti buatannya tidak pernah mengecewakan dan butik ini mampu mereka baju bersesuaian dengan si pemakainya. Kombinasi warna dan potongannya selari dengan apa yang ingin pemakai tampilkan.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: