Trilogi Lanun

13 Dec

Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN
shakilawati@hmetro.com.my

Rap
MENJELANG sambutan tahun baru, Star Movies (Astro, saluran 413) dengan bangganya menyajikan trilogi Pirates of The Caribbean yang menjanjikan kepuasan maksimum kepada penonton setia saluran itu.

Filem yang memaparkan kisah lanun nakal lakonan Johnny Depp ini akan ke udara setiap Ahad, jam 10 malam bermula dengan Pirates of the Caribbean: Curse of the Black Pearl pada 14 Disember ini, diikuti Dead Man’s Chest (21 Disember) dan tayangan perdana Asia TV, At World’s End (28 Disember).

Lebih menarik, buat pertama kalinya di Asia, trilogi ini akan ditayangkan secara maraton pada 31 Disember ini. Pelayaran filem blockbuster ini dimulakan dengan Pirates of the Caribbean: Curse of the Black Pearl pada jam 6.30 petang, disusuli sekuelnya Pirates of the Caribbean: Dead Man’s Chest, 9 malam. Kisah lanun ini akan melabuhkan sauhnya pada jam 11.30 malam menerusi Pirates of the Carribean: At World’s End.

Menghangatkan lagi tayangan trilogi ini, Star Movies bersama Astro dan Era FM menganjurkan festival Pirates of the Caribbean di pusat membeli-belah Sunway Pyramid semalam dan hari ini dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Selain bertemu karektor filem ini, orang ramai berpeluang mengambil bahagian dalam pertandingan kostum, memenangi pelbagai hadiah menarik Star Movies serta Pirates of the Caribbean.

Semalam, Sunway Pyramid digegarkan dengan konsert Pirates of the Carribean yang membariskan penyanyi terkenal tanah air seperti Datuk Siti Nurhaliza, Saida, Saerah, Hujan, Bunkface, Mila dan Adam.

Hari ini, pengunjung festival itu berpeluang menyaksikan tayangan The Curse of the Black Pearl di skrin besar yang disediakan oleh penganjur.

Jangan ketinggalan meredah lautan ganas bersama Kapten Jack Sparrow, Elizabeth (Keira Knightley) dan Will Turner (Orlando Bloom) di Star Movies.

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: