Tuah Vokal Lantang

12 Dec

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my

Rap
KELANTANGAN vokal pada lagu bernada tinggi membawa tuah buat Nur Azilla Mohd Ibrahim, 22, apabila lagu nyanyian Ziana Zain, Setia Ke Akhir Hayat membolehkannya menjuarai Pertandingan Karaoke Metro Idol sempena Karnival Jom Heboh TV3 di pekarangan Stadium Batu Kawan, Nibong Tebal, baru-baru ini.

Berasal dari asal Air Itam, Pulau Pinang, Azilla kini menetap di Kulim, Kedah serta bertugas sebagai kerani di sebuah syarikat swasta.

Jika tahun lalu kata Azilla, adiknya Nor Idayu muncul juara pertandingan sama di Queensbay, Bayan Lepas dan kali ini ternyata tuah berpihak padanya.

“Saya terkejut dengan kemenangan ini kerana berjaya mengalahkan 11 peserta yang hebat, malah menerima pula hadiah wang tunai RM500. Kemenangan ini memberi keyakinan pada saya,” katanya.

Azilla berkata, kemenangan adiknya pada tahun lalu dijadikan contoh biarpun berdepan dengan peserta lain, malah ada yang sering menjadi pilihan juri dalam pelbagai pertandingan nyanyian.

Katanya, dia memang tidak percaya dengan kemenangan itu dan kejayaan Datuk Siti Nurhaliza dijadikannya sebagai idola untuk dia menjejaki kejayaan sama seperti penyanyi itu.

Bagi Intan Nor Azrenda Mohd Sabri, 20, pula pemilihan lagu Menaruh Harapan dendangan Zaiton Sameon sememangnya menjadi taruhannya.

Hasilnya dia tidak menyangka akan menduduki tempat kedua.

Kemenangan diperoleh adalah satu kejutan kerana ia adalah kemenangan kedua Intan selepas berjaya menduduki tempat sama dalam Pencarian Mini Gadis Metro (PMGM) pada hari sebelumnya.

“Minat menyanyi dan sokongan ibu tercinta antara kunci kejayaan saya. Saya sudah lakukan yang terbaik dan panel juri membuat pilihan yang bijak biarpun saya berasa gementar,” katanya.

Hasil kemenangan itu Intan membawa wang tunai RM250. Intan yang bertugas sebagai pegawai perhubungan pelanggan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), menganggap kemenangannya adalah hadiah untuk semua peserta berikutan seramai 35 peserta hadir untuk diujibakat.

“Pemilihan saya antara 11 finalis yang terakhir sudah cukup menggembirakan biarpun berdebar kerana terpaksa bersaing dengan peserta yang lain yang jauh lebih berpengalaman,” katanya.

Bagi Aimi Syazzmer Ismail, 17, kemenangan di tempat ketiga sudah memadai sungguhpun tidak menaruh harapan yang tinggi untuk menduduki tiga peserta terbaik dalam pertandingan itu.

Menurutnya, pemilihan lagu Bila Diri Disayangi nyanyian Amir Ukay’s yang dijadikan sandaran dan berjaya menarik perhatian panel juri sudah cukup membanggakannya.

“Saya bersyukur kepada Allah di atas kemenangan ini biarpun berdepan persaingan yang sengit.

Terima kasih pada juri, di mana akhirnya saya berjaya membawa pulang wang tunai RM150,” katanya.

Pertandingan Karaoke Metro Idol diadili Penolong Pengurus Unit Perdagangan dan Pemasaran New Straits Times Press (NSTP), Shamsani Salim dan Eksekutif Penjenamaan HM, Zurani Abdullah.

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: