Artis Cemas Hubungi Keluarga, Sedia Berpindah

6 Dec


ANGGOTA bertugas menenangkan mangsa tanah runtuh di di Taman Bukit Mewah.

AMPANG: Beberapa artis yang tinggal di sekitar Bukit Antarabangsa di sini, turut cemas sebaik mengetahui berlaku kejadian tanah runtuh yang meragut empat nyawa dan menimbus 14 banglo di Taman Bukit Mewah awal pagi semalam.

Mereka ialah penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, Leina Hangat, Zizie Izzette, Zahid AF2, Amelia AF3, Elly Suriaty dan Azza Elite.

Suami Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa, berkata beliau hanya mengetahui kejadian itu selepas sepupu isterinya yang tinggal di sebuah banglo yang terbabit dalam kejadian malang itu menghubungi mereka kira-kira jam 4.30 pagi semalam.

“Sebenarnya, saya dan isteri tidak sedar pun ada tanah runtuh berhampiran rumah kami sehinggalah sepupunya menghubungi kami kira-kira jam 4.30 pagi yang memaklumkan rumah mereka turut terjejas.

“Saya kemudian menyuruh mereka berpindah ke rumah kami,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, beliau sekeluarga sedia berpindah ke tempat selamat jika pihak berkuasa mengarahkan mereka berbuat demikian.


MANGSA tragedi diterbangkan ke Hospital Kuala Lumpur.

“Kami cemas juga, tetapi sehingga jam 2 petang semalam, saya belum menerima apa-apa arahan daripada pihak berkuasa supaya berpindah,” katanya.

Zizie ketika dihubungi, berkata beliau bersyukur kerana ibu dan adiknya selamat kerana rumah yang mereka diami berada agak jauh dari lokasi kejadian.

“Ketika kejadian, saya sedang menjalani penggambaran di Shah Alam. Banyak kali saya cuba menghubungi ibu dan adik tetapi gagal. Akhirnya saya dapat menghubungi mereka. Ibu memberitahu dia dan adik selamat,” katanya.

Pengurus Publisiti Puteri Gunung Ledang – The Musical, Eja Ibrahim, ketika dihubungi, berkata beliau bimbang nasib ibu bapanya yang uzur dan kini berada di kondominiumnya berhampiran tempat kejadian.

“Ibu bapa saya masih terperangkap di rumah mereka. Saya bimbang bapa saya kerana dia terlalu uzur dan tidak boleh banyak bergerak. Saya sedang menunggu bantuan helikopter pasukan keselamatan untuk membawa mereka keluar,” katanya.

Juara Akademi Fantasia 2 (AF2), Zahid, berkata apartmen yang didiaminya, Oakleaf Park cuma 500 meter dari tempat kejadian, malah sebahagian besar jalan masuk apartmen itu turut mendap.

“Saya pulang ke rumah kira-kira jam 7 pagi. Namun, saya terpaksa melalui hutan, dengan ditemani anggota penyelamat untuk ke unit kediaman saya kerana jalan masuk ke apartmen ini rosak teruk.

“Saya cuma sempat mengambil baju saja, manakala barang kesayangan lain terpaksa ditinggalkan. Saya juga terpaksa membatalkan persembahan khas sempena lawatan Datuk Shah Rukh Khan ke Melaka disebabkan tragedi ini,” katanya.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: