Album Kontemporari Tradisional Sudah Siap…

4 Dec

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung laman ini. Harapan Siti agar anda semua dilimpahkan kebahagiaan selalu.
Kepada adik-adik yang berjaya dalam UPSR baru-baru ini, Kak Siti ingin mengucapkan tahniah dan teruskan usaha untuk menjadi insan yang berguna. Kepada yang telah menduduki SPM dan STPM baru-baru ini, bersama-samalah kita berdoa agar anda semua diberikan kejayaan dan dapat keputusan yang cemerlang nanti.

Pada kesempatan ini juga, Siti ingin mengucapkan selamat berangkat kepada semua jemaah haji ke Mekah dan juga selamat menyambut hari raya korban buat semua umat Islam di mana saja anda berada. Kita doakan agar semua jemaah diberikan kelancaran selama berada di tanah suci dan mendapat haji yang mabrur, InsyaAllah.

Berita gembira buat semua, album kontemporari tradisional Siti sudahpun siap rakamannya. Sekarang ini hanya tinggal proses mastering saja. Siti amat teruja menantikan kelahiran album ini dan Siti telah berusaha menghasilkan sebuah album yang terbaik untuk anda semua dan besar harapan Siti agar album ini memberikan kepuasan kepada semua peminat. Mengenai kualiti, Siti memang tidak pandang sebelah mata, malah seluruh komposer dan produser telah memberikan yang terbaik. Keseluruhan lagu dalam album ini juga iaitu 11 lagu menggunakan live strings dan ini merupakan satu pengorbanan Siti dan SNP buat kepuasan peminat muzik semua.

Bagi Siti usaha ini akan memberikan kegembiraan apabila setiap seorang daripada anda menyokong dan mendapatkan album ini menerusi saluran yang betul.
Saranan Siti dan SNP, bermula dengan SitiZone dan tenaga yang ada dalam SitiZone (iaitu anda semua), sasaran album ini menjangkau jualan 100 ribu unit akan tercapai. Bolehkah anda bersama-sama Siti? Ini adalah program tidak rasmi SitiZone iatu mencapai sasaran 100 ribu unit album ini kerana ia akan memberikan cahaya kepada industri muzik semula. Semua perkembangan terbaru mengenai album ini akan Siti war-warkan nanti dan ada ruangan khas tentang album baru ini kelak.

Perkembangan terbaru pula, Siti amat bersyukur kerana syarikat filem dari Indonesia iaitu Starvision (yang sebelum ini menerbitkan filem Ayat-Ayat Cinta), telah memilih Siti menyanyikan dua buah lagu tema untuk filem terbaru mereka iaitu Perempuan Berkalong Sorban. Siti telah siap merakamkan lagu Ketika Cinta (ciptaan Opick) dan Batasku Asaku (ciptaan Siti sendiri) dan video klip lagu Ketika Cinta juga sudahpun siap penggambarannya. Filem ini akan mula ditayangkan di Indonesia akhir bulan Disember atau awal Januari nanti. Bagi Siti ini satu penghormatan buat Siti dan hendaknya berita ini turut memberi kegembiraan buat peminat Siti di Indonesia.

InsyaAllah jika ada yang terbaru akan Siti ceritakan lagi nanti. Salam sayang buat semua. Terima kasih kerana memberi sokongan yang tidak pernah putus.

Siti Nurhaliza

4 Responses to “Album Kontemporari Tradisional Sudah Siap…”

  1. za January 14, 2009 at 5:37 pm #

    hai ct,selamat hari lahir ke-30

  2. rose_nieta January 14, 2009 at 11:03 pm #

    Semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Nieta pun dah 3 tahun mendirikan rumah tangga. Namun belum ada rezeki. Kuatkan semangat ok. Nieta pun sukar jgk sebelum ini, tapi berkat kesabaran alhamdulillah kami masih bahagia walau berdua. Harap Kak CT doakan untuk Nieta jugak ya. Peminat setiamu………………….

  3. siti January 16, 2009 at 2:05 pm #

    hai..hai
    sy sudah dengar semua lagu lagu di album tradisional Ct di SitiZone, agaknya sy kurang puas dengan lagu lagunya, cuma dua lagu yang ku suka “Ditaman Teman” & “Cinta Ini”.
    Yang paling saya suka lagu “Ketika Cinta” ciptaan Opick dinyanyikan penuh penjiwaan oleh Datok CT, dahsyaaaat….

  4. Puteri Dhayana January 18, 2009 at 6:56 pm #

    Syabas atas kemunculan album terbaru.Puteri tetap akan menjadi pemerhati dan peminat setia CT, kerana bakat yang ada bukan kerana gossip2 yang banyak menhentak beliau sejak akhir2 ni.

    Biarlah kita menjadi pendengar setia yang bijaksana.

    Good luck to u.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: