Soseh Soseh: Bunian Adnan Abu Hassan Dibintangi Siti

3 Dec

Rap
UNTUNG sabut timbul, untung batu tenggelam, begitulah nasib penggiat di bidang nyanyian. Tidak kira penyanyi, jika pasaran album sudah lembap atau dalam bahasa ‘pasarnya’ album sudah tidak laku lagi, ia turut menjejaskan periuk nasi komposer, penulis lirik, juruteknik dan tauke syarikat rakaman.

Sebab itulah, kebelakangan ini satu demi satu syarikat rakaman gulung tikar. Kalaupun mahu terus bersaing dalam industri rakaman, masing-masing terpaksa bercantum.

Dalam erti kata, usah kita mimpi adanya syarikat rakaman yang boleh beroperasi secara sendiri.

SS lihat suasana ini memang jauh berbeza ketika di era 80-an dan 90-an dulu.

Begitulah putaran alam, sekejap di atas sekejap nanti di bawah.

Jualan album yang semakin merosot ini, SS tidak hairan mengapa semakin ramai penyanyi kita beralih menjadi dramatis. Dulu jadi penyanyi, sekarang menjadi pelakon, nasiblah pelakon kita periuk nasi mereka pula terjejas.

Agaknya kerana masa depan bidang rakaman yang belum menentu itu membuatkan komposer terkenal Adnan Abu Hassan kini cuba beralih bidang baru, apa lagi jika bukan filem.

Ketika peringkat separuh akhir Muzik Muzik bagi kategori etnik kreatif, rakan SS terserempak dengan komposer tersohor itu.

Biarpun tiada lagu Adnan dipertandingkan, namun atas dasar sokongan Adnan hadir bagi memeriahkan lagi peringkat separuh akhir Muzik-Muzik itu.

Lagu rakan SS bertanyakan pada Adnan, apa aktiviti dia sekarang.

Jawab Adnan, dia kini dalam proses untuk menerbitkan filem sulung. Wah nampak Adnan kini akan menjadi tauke filem pula.

Rakan SS bertanya filem apa akan diterbitkan, Adnan cuma memberi komen ringkas, katanya, filem berunsur mistik iaitu Bunian.

Seingat SS cerita orang bunian pernah dihasilkan oleh Allahyarham Tan Sri P Ramlee melalui filem Sumpah Orang Minyak. Jawab Adnan versi Buniannya berbeza.

Istimewanya melalui filem Bunian, kata Adnan, dia akan mengundang penyanyi yang pernah menjadi anak didiknya, siapa lagi kalau bukan Datuk Siti Nurhaliza.

Namun Adnan tidak mahu komen panjang apakah Siti akan mendokong watak utama atau sekadar menjadi pelakon undangan dalam filem Bunian itu.

Apapun SS harap apa yang dirancangkan Adnan itu berhasil, bertambah lagi seorang tauke filem kita.

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: