Mahu Jadi Tauke Showbiz

3 Dec

Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my

Ning bersama Steffanie (kanan) pada majlis sidang media A Journey Through Time II 2008.

PENGUMUMANNYA untuk bergerak sendiri dan tidak mahu lagi menggunakan khidmat pengurus pada masa akan datang nampaknya mengundang pelbagai spekulasi. Walaupun pada sidang media sebelum ini berkali-kali Ning Baizura Hamzah serta bekas pengurusnya, Vernon Kedit menegaskan yang ‘perpisahan’ mereka adalah atas dasar profesionalisme dan bukannya kerana ada perselisihan faham, namun alasan itu sukar diterima ramai.

Malah, ada yang menganggap tindakan Ning meninggalkan Vernon ibarat kacang lupakan kulit kerana sebelum ini, lelaki itu banyak membantunya terutama sewaktu zaman kejatuhannya dulu. Namun, ketika diajukan pertanyaan ini, Ning berkata tidak timbul isu lupa daratan dalam hal ini kerana keputusan yang diambil sudah dipersetujui bersama.

“Sudah 16 tahun saya terbabit dalam bidang ini, jadi sudah sampai masanya untuk saya bergerak sendiri. Walaupun keadaan itu agak sukar dan saya tertekan kerana semuanya saya lakukan dari segi berjumpa klien, pergi mesyuarat dan siapkan kontrak tetapi saya puas hati.

“Lagipun ketika ini, misi saya dan Vernon sudah berbeza. Dia menumpukan perhatian untuk mencari lebih ramai bakat baru manakala saya pula tidak mahu sekadar menjadi penyanyi semata-mata, saya mahu mempelajari semua aspek di sebalik tabir.

“Sekurang-kurangnya, saya mempelajari sesuatu yang mungkin berguna untuk masa depan saya sebagai seorang ahli perniagaan,” cerita Ning ketika ditemui pada majlis sidang media A Journey Through Time II 2008 di The Ritz Carlton, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Hadir sama pada majlis itu ialah Pengurus Besar Starhill Gallery, Steffanie Chua.

Tegas si pelantun Selagi Ada Cinta ini, selepas Vernon dia tidak mungkin lagi menggunakan khidmat pengurus pada masa akan datang.


Ning bersama Vernon suatu ketika dulu.

“Bukannya serik tapi entahlah. Kalau nak diikutkan kes dulu pun ada kaitan dengan pengurus juga. Agaknya saya memang tak boleh pakai pengurus kot,” ujar Ning berseloroh. Namun, dalam keadaan bergurau itu, ada kesungguhan yang terpancar di wajah wanita berjiwa kental ini.

“Memang saya tak akan menggunakan pengurus selepas ini. Dan bagi saya, mana-mana artis yang mempunyai visi dan misi untuk menjadi bukan saya sekadar penyanyi tetapi juga ahli perniagaan, mereka kena juga berani menguruskan kerjaya mereka sendiri untuk mendapatkan pengalaman,” katanya.

Mengenai dakwaan kononnya suami Ning, Omar Shariff Christopher Layton Dalton mencampuri urusan kerjaya seninya, penyanyi bersuara soprano ini menafikan perkara itu.

“Omar tidak pernah campur tangan dalam segala urusan kerjaya saya. Macam mana dia hendak uruskan kerjaya saya kalau dia sendiri ada kerja tetap. Tapi, sebagai wanita yang ada suami bukanlah satu perkara yang pelik jika dia berada di sisi saya sentiasa, hatta ketika saya sedang bekerja.


SITI Nurhaliza turut buat persembahan pada malam A Journey Through Time II 2008.

“Itulah tugas suami, menyokong saya dari belakang dan memberi dorongan. Malah kadang-kadang dia sendiri risau apabila melihat saya bekerja bersungguh-sungguh sehingga lupa waktu nak berehat. Pernah suatu ketika dia menarik saya ke katil dan menyuruh saya tidur sebab melihat saya bekerja sehingga lewat pagi,” cerita Ning yang kelihatan semakin kurus sejak kebelakangan ini.

Memandangkan pasaran album yang lembap ketika ini, Ning juga akan menumpukan perhatian terhadap penghasilan single berbanding album penuh.

“Biarlah saya hasilkan single terlebih dulu, kemudian daripada single ini akan saya kompilasikan dalam sebuah album penuh. Sekarang ini saya sudah ada single untuk diketengahkan iaitu Embun Bersinar yang dicipta Alwyn Santiago manakala liriknya pula ditulis Tressh RS.

“Lagu itu adalah single kedua saya sebenarnya dan single pertama akan menyusul tahun depan. Akan ada pelancaran khas untuk single itu nanti,”ujar Ning separuh berahsia.

Pilih lagu dari filem James Bond

TAHUN ini menjadi tahun kedua Ning membuat persembahan pada malam A Journey Through Time II 2008 yang akan berlangsung di Starhill Gallery, Disember ini. Malam penuh gemilang yang akan menghimpunkan ramai tetamu di kalangan keluarga diraja, tokoh korporat, personaliti dan selebriti terkenal tanah air ini bakal menyaksikan Ning menyanyikan pelbagai rentak lagu selama dua malam berturut mulai 8 Disember, jam 10 malam.

“Pada malam itu nanti, saya akan mendendangkan lagu yang dipetik dari filem James Bond. Saya juga akan menyanyikan lagu yang pernah dinyanyikan Shirley Bassy dan Frank Sinatra. Dan tak ketinggalan single terbaru saya, Embun Bersinar.

“Memang seronok dan teruja kerana berpeluang membuat persembahan untuk kali kedua. Untuk persembahan ini saya berjanji akan menjadikannya lebih ekstravaganza supaya tetamu yang hadir nanti terhibur menyaksikannya,” ujar Ning yang akan bergaya dengan busana dan aksesori berjenama mewah yang bernaung di bawah pengurusan Starhill.

Jika tahun lalu persembahan Ning menggunakan minus one, namun kali ini Ning akan diiringi pengarah muziknya, Alwyn dan seorang peniup saksofon.

Selain Ning, persembahan A Journey Through Time 2008 juga akan menampilkan penyanyi tenor terkenal dunia, Russel Watson, peniup flut, Andrea Griminelli, DJ terkenal dari Australia, Dj Ali B serta penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza. Seperti juga Ning yang akan membuat persembahan secara solo, Siti juga akan menghiburkan tetamu pada 10 Disember, jam 10 malam.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: