Dengarnya…: Ning Nyanyi, Vernon Keluar Dewan?

2 Dec

Oleh Normah Becok

CIK Normah tak sempat hadir ke Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini. Tapi Cik Normah ada menontonnya di rumah bersama suami. Paling mengagumkan Cik Normah suka persembahan pembukaan Datuk Siti Nurhaliza menerusi lagu Kurik Kundi.

Amboi, Siti nampak dah semakin kurus, baguslah macam tu. Tapi Cik Normah memang terhibur biarpun sesekali bosan juga masa penyampaian anugerah dilaksanakan.

Yang lucunya, kawan Cik Normah bagi tahu, pembantu peribadi aktres Jepun yang membina nama di Taiwan bernama Tanaka tu bukan main ‘kekwat’ sebab tak kasi jurugambar ambil gambar. Amboi, popular sangat ke sampai begitu sekali lagaknya? Kasihan apabila Cik Normah dapat tahu, dua orang anak buah kepada teman Cik Normah pun tak dapat ambil gambar dengan Tanaka. Entahlah, kalau Cik Normah ada kat majlis itu, mungkin Cik Normah akan ‘sound’ pembantu peribadinya. Ish… macam-macam!

Tengok tak persembahan penutup dengan persembahan Ning Baizura menyanyikan semula beberapa buah lagu James Bond? Suaranya memanglah sedap dan power, tetapi Cik Normah paling tak berkenan tengok Ning pakai rambut palsu tu, nampak serabut sikit.

Tetapi bukan itu yang Cik Normah nak usik, sebaliknya Cik Normah diberitahu bekas pengurusnya, Vernon Jolly Kedit keluar dewan sewaktu Ning buat persembahan. Jangan ingat kawan Cik Normah tak perasaan. Hai, kenapa macam tu sekali, takkan bermusuh dan berdendam lagi?

Tetapi Cik Normah cakap kat kawan itu jangan buruk sangka kerana mungkin Vernon keluar ke tandas kerana iyalah dewan tu sejuk sangat walaupun Ning nampak ‘hangat’.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: