Lagu-Lagu Alyah Dijangka Meletup!

24 Nov

Teks oleh Thani Hasbullah

Meskipun dia belum lagi bergelar artis popular, penyanyi Alyah tetap menunjukkan kesungguhan yang ketara apabila menganjurkan majlis pelancaran album solonya dengan grand dan meriah.

Melihat strategi yang dilakukan, wartawan sendiri berbisik, penyanyi top seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Mawi pun tidak pernah melancarkan album seperti mana yang dilakukan oleh Alyah dan syarikat pengurusannya, Wake The Baby.

Apa yang mengejutkan, ada pihak melontarkan gosip bahawa majlis itu ditaja oleh seorang sugar daddy sedangkan orang itu adalah abang kandung Alyah sendiri yang dikenali sebagai Bob. Memang bertuah Alyah kerana mempunyai seorang abang yang sanggup berhabis wang ringgit demi melihat adiknya yang sungguh berbakat itu kembali mengukir nama di persada seni.

Acara selama 3 hari mulai 15 November 2008 itu berlangsung di resort percutian terkemuka Avillion, di Port Dickson. Ia dipenuhi dengan pelbagai acara meriah seperti sukaneka, showcase pelancaran album, sidang media serta malam pakaian beragam bertemakan Aloha atau Hawaii.

Semua itu bertujuan mengeratkan semula hubungan antara Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hassan, dengan rakan wartawan kerana agak lama juga dia berjauhan daripada dunia rakaman. Alyah, 27, kini adalah artis Wake The Baby, syarikat milik komposer Ajai dan album solonya itu akan diedarkan oleh Maestro Records bulan ini.

Bagi yang belum mengenali Alyah, dia sebenarnya sudah lama menyanyi dan mempunyai banyak pengalaman dalam persembahan secara live sejak di bangku sekolah lagi.

Beliau pernah menyertai Bintang Wirawan EON 1994, Bintang Pepsi 1996, Asia Bagus! 1997, Bintang Suara Johor 1997, Bintang HMI 2000 dan seterusnya Gangstarz dan One In A Million. Alyah juga pernah menjadi artis EMI Malaysia pada awal alaf baru tetapi nasibnya ketika itu masih kurang menjadi.

Kini selepas mendapat semangat baru, Alyah dengan bimbingan Ajai dan Maestro Records, sudah bersedia untuk membuat comeback dalam bidang rakaman. Lagu-lagunya sudah pun diperdengarkan kepada pihak media tempatan ketika di Port Dickson tempoh hari dan rata-rata akui ia mempunyai nilai komersial untuk meletup di corong radio.

Antara lagu paling menarik ialah Tak Mungkin Kerana Sayang (lirik karya Habsah Hassan) dan Ku Pinjam Satu Bintang yang kedua-duanya ciptaan Ajai. Apa yang menarik, lagu Ku Pinjam Satu Bintang yang bercorak dance pop menampilkan Alyah berduet dengan bintang Akademi Fantasia 6 (AF6), Riz.

Malah lirik lagu Ku Pinjam Satu Bintang sebenarnya dihasilkan oleh Ketua Editor murai.com.my sendiri, Roslen Fadzil yang sinonim dengan nama pena Slen. Slen sebelum ini pernah menghasilkan lirik lagu seperti Cerita Asmara (Dr Fazley), Riwayat Cinta (Misha Omar), Lagu Rindu (Nurul & Ajai), Lembah Asmara (Ziana Zain) serta Pelita Di Bawah Purnama (Erema).

Kedua-dua klip video Alyah itu telah dilakukan oleh Ajai di Indonesia dan ketika mendengar lagu Ku Pinjam Satu Bintang, krew Indonesia menyangka lagu itu karya Melly Goeslaw. Mereka ternyata menyukai lagu itu kerana ia mudah difahami dan mencadangkan supaya ia dipasarkan ke republik itu selepas ini. Kita tunggu dan lihat.

Murai

6 Responses to “Lagu-Lagu Alyah Dijangka Meletup!”

  1. arryf November 26, 2008 at 12:40 am #

    wahh. ni kan alyah yang O.N.E tu kan.
    bgs la die neh

  2. awin November 29, 2008 at 11:12 pm #

    hai..
    boleh x tolong siarkan lirik lagu alyah ‘tak mungkin kerana sayang’..
    saya minat sangat lagu 2..
    pleeeezzzz…

  3. bella December 1, 2008 at 1:53 pm #

    halo..aku cri lagu alyah dlm intrnet,xda pown..minat sngat aku dgn lagu dye 2!!!

  4. lilynie January 23, 2009 at 1:24 pm #

    radio era selalu pasang lagu tu..mula2 ingat lagu erra fazira..rupa2 bkn..so tula skrg ni dok cari siapa penyanyi dia?sedap lagu tu!melodi n lirik sesuai ngan suaranya tu..
    good luck!

  5. fans from kuantan January 28, 2009 at 1:11 pm #

    weh!! tolong siarkan lirik lagu alyah nih!! plez…aku minat giler2 ni!!1

  6. applepump April 20, 2010 at 9:26 pm #

    huhu betul la kot ada org bela dato azmi hahahha…lagi mau tipu bla la!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: