Penipu Jaja Nama Datuk K Dijel, Sebat

22 Nov

KUALA LUMPUR: Akibat menipu dengan menjaja nama Datuk Khalid Mohd Jiwa atau lebih dikenali Datuk K sebagai pemilik empat Suzuki Swift, seorang pekerja syarikat pengurusan acara dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Ini kerana tindakan beraninya memperdaya seorang ahli perniagaan selepas mendakwa kenderaan yang bakal dijual berkenaan milik suami penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Majistret Aizatul Akmal Maharani menjatuhi hukuman itu terhadap Wan Hazrul Anuar Wan Hussein, 24, dari Kota Bharu, Kelantan, selepas mengaku bersalah atas kertas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Malah Aizatul dalam penghakimannya turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula tarikh tangkap pada 9 Mac 2007.

Mengikut pertuduhan, Wan Hazrul didakwa menipu Mahmood Kamsani Mustapha dengan memperdayakan bahawa empat kereta jenis Suzuki Swift milik Datuk K, bakal dijual.

Akibatnya, mangsa memberikan deposit RM34,000 membabitkan wang tunai RM19,000 dan sekeping cek RM15,000 atas nama Naluri Properties Sdn Bhd tanpa mengetahui kereta itu tidak wujud.

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: