Pameran 80 Wajah

19 Nov

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my

MENERUSKAN kesinambungan mempromosikan seni untuk semua, Galeri Petronas menganjurkan pameran potret hitam putih – ‘Imaging Selfs – Soraya Yusof Talismail, Portraits of Artists’, berlangsung sehingga awal Januari depan.

Hasil kerja jurugambar artis, Soraya Yusof Talismail ini bakal menemui pengunjung dengan lebih 80 wajah terkemuka dan terulung negara dalam pelbagai cabang seni dan budaya – seni visual, fotografi, filem, rekaan, muzik, persembahan teater, kesusasteraan, tarian dan koreografi tanah air.

Pameran ini mengabadikan artis, seniman, tokoh dan negarawan yang pernah dan masih menyentuh masyarakat dengan bakat dan sumbangan mereka. Ini termasuk wajah popular seperti Azean Erdawaty, Marion D’ Cruz, Siti Nurhaliza, Ramli Ibrahim dan Khatijah Ibrahim.

Selain itu, negarawan dan ahli seni termasuk Datuk A Samad Said, Ahmad Fuad Osman, Farid Ali (Mr Gambus) dan Ng Sek San turut diabadikan dalam pameran kali ini.

“‘Imaging Selfs” ini menjadi koleksi potret hitam putih terbesar oleh artis Malaysia yang pernah dipamerkan untuk tontonan umum sehingga kini. Bekas Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Balai Seni Lukis Negara, Tan Sri Kamarul Ariffin Mohamed Yassin hadir bagi menyempurnakan pameran ini.

Majlis ringkas itu turut dihadiri oleh barisan selebriti tanah air termasuk Datuk Aziz Sattar, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Zahim AlBakri, Ahmad Fuad Osman dan Bayu Utomo Radjikin. Manakala, ahli sejarah seni terkemuka Asia Tenggara, T.K Sabapathy bertindak sebagai kurator pameran.

Penggunaan wajah popular ini diharap dapat menarik kunjungan khalayak umum untuk menghayati karya seni penggiat tempatan yang dipamerkan di Galeri Petronas, sepanjang tahun. Serentak perasmian itu juga, Kamarul turut melancarkan penerbitan buku menggunakan judul sama.

Kurator tamu, T K Sapapathy, berkata koleksi potret hitam putih ini menjadi hasil kerja paling komprehensif dan konsisten yang pernah dihasilkan oleh Soraya Yusof Talismail, sesuai dengan reputasi yang dimilikinya dalam cabang seni fotografi dan potret.

>Info

Bagi memeriahkan lagi pameran ini, Galeri Petronas turut mempamerkan syarahan oleh kurator tamu, T K Sabapathy pada 17 November, jurugambar seni terkemuka, Eric Peris pada 22 November dan oleh Soraya Yusof Talismail pada 17 Januari 2009.

Diskusi umum menampilkan pengumpul seni terkemuka Pakhruddin Sulaiman dan Raja Ahmad Aminullah pada 22 November. Seperti biasa, semua program ini dibuka kepada penyertaan orang awam secara percuma.

Galeri Petronas

Aras 3, Suria KLCC.

Tel: 03 2051 7770

Faks: 03 2051 2895

http://www.galeripetronas.com.my

Dibuka: Selasa – Ahad (jam 10 pagi hingga 8 malam) Masuk adalah percuma.

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: