'Teater Ini Satu Eksperimen'

18 Nov

Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

Rap
KRITIKAN hebat yang diterimanya ketika majlis pratonton Teater Muzikal Impak Maksima bersama wakil media di Istana Budaya (IB), baru-baru ini tidak sedikit pun mematahkan semangat pengarah muda berbakat besar, Ahmad Idham Ahmad Nadzri untuk memberikan sentuhan terbaik pada hari sebenar pementasan berkenaan.

Malah, kata Ahmad Idham, selepas tiga hari teater muzikal itu dipentaskan di IB bermula 11 November lalu, ia mendapat sambutan hangat dari golongan sasaran iaitu remaja dan kanak-kanak.

“Pada hari pertama pementasan mungkin nampak suram sedikit tetapi pada hari kedua dan ketiga, pementasan itu terus mendapat sambutan hangat dan memberangsangkan daripada penonton.

“Saya difahamkan ramai yang datang kerana mendapat tahu daripada rakan yang sudah menonton sejak hari pementasan pertama lagi.

“Rata-rata komen diberikan sangat positif dan membina sekali gus memperbaiki kelemahan untuk menghasilkan pementasan yang lebih baik.

“Saya juga sempat meminta komen daripada pengarah teater berpengalaman, Rosminah Tahir pada hari kedua pementasan ini dan dia juga memberitahu tiada apa yang tidak kena dalam teater saya itu. Kalau ada yang tidak kena pun mungkin kerana wakil media yang mengkritik tidak diberi peluang menyaksikan apa yang ditontonnya malam itu,” katanya.

Lebih bermakna, kata Ahmad Idham, pementasan teater muzikal itu turut menarik perhatian golongan

kenamaan dan kerabat diraja

“Saya juga mendapat komen positif daripada Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa yangsama-sama hadir pada hari pertama pementasan teater ini. “Menurut Siti, dia dan suami seronok menonton teater muzikal itu kerana ada sesuatu yang baru di IB.

“Selain isteri menteri, saya juga tidak sangka pementasan pertama saya ini mendapat perhatian isteri Tengku Muda

Pahang, Cik Puan Muda Datuk Seri Julita Aishah Abdul Latiff yang hadir bersama anak-anak. Tidak ketinggalan, Datin Seri Tiara Jacquelina memberitahu saya dia juga berminat untuk menonton teater ini nanti,” katanya. Ahmad Idham berkata, pihaknya berusaha memberikan yang terbaik kepada pementasan seterusnya bersandarkan semangat yang ada bersama barisan pelakon dan kru terbabit.

“Orang mengkritik pementasan ini dari segi falsafah, etika dan prinsip teater. Kalau saya buat teater falsafah yang tinggi nilai seninya, adakah ia akan ditonton golongan kanak-kanak dan remaja?

Apa yang penting, bagi saya pementasan ini menghiburkan orang. Apatah lagi, buat teater ini berisiko kerana kami buat teater ini dengan bajet sendiri dan bukan dengan dana daripada kerajaan.

“Cubalah anda bayangkan, saya tidak mempunyai bajet yang tinggi dan teater ini dihasilkan dengan bajet yang dikongsi bersama penerbit eksekutif teater ini, Den Wahab.

“Apapun, saya harapkan teater ini berjaya sekali gus menyumbang kepada perkembangan industri seni tempatan,” katanya.

Kata Ahmad Idham, dari segi jualan tiket, pihak produksi teater juga menyediakan pakej untuk keluarga sempena musim cuti sekolah ini.

“Pihak produksi juga mengenakan harga minimum kepada keluarga yang membawa kanak-kanak menonton teater muzikal ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Idham juga tidak serik untuk mengarahkan projek teater baru selepas ini.

“Saya akan terus berkarya kerana teater muzikal ini impian saya sejak dulu. Saya memang minat persembahan pentas dan teater serta banyak menyaksikan persembahan pentas di luar negara termasuk di London. Selepas sekian lama, baru sekarang impian saya untuk buat teater muzikal ini kesampaian.

“Saya juga menganggap teater ini satu eksperimen. Sebagai ‘orang baru’ dalam dunia teater, saya diminta diberi peluang untuk memperbaiki kelemahan yang ada,” katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Idham tidak menyalahkan media kerana mengkritik pementasan pertamanya itu.

“Sebenarnya, wakil media hanya menonton 75 peratus daripada persembahan sebenar pada pratonton itu. Sebenarnya ada lagi 20 peratus membabitkan set dan 15 peratus ‘lighting’ serta permainan laser yang tidak dipersembahkan kepada pihak media pada malam itu.

“Justeru, saya menjemput semula pihak media terbabit untuk menonton pementasan sebenar dan saya juga tidak kisah jika mereka nak beri apa saja komen selepas itu,” katanya.

Teater Muzikal Impak Masima mengisahkan Drift King atau DK (lakonan Zul Huzaimy) bersama tiga rakan karibnya Loyai (Belalang), Aman dan Kembang yang terbabit dalam sukan permotoran drift.

Mereka sering kali terbabit dalam lumba haram dan saingan utama DK adalah Ray (Zed Zaidi). Pada satu hari, seorang pelajar baru bernama Ika (Zarina AF) datang ke kolej mereka. DK jatuh cinta pada Ika tetapi tidak mengetahui Ika adalah musuhnya.

Cerita ini juga diakhiri dengan kematian DK yang dipukul Ray. Zul Huzaimy juga bertindak selaku pengarah artistik teater ini.

Pelakon lain yang turut menjayakan pementasan ini ialah Dynas (Mimi), Adeeb/The Fabulous Cats (Amran) dan Dina Malaysian Idol (Asmida Junaidah), Rosli (Kembang), Along Zendy (Macha), Salman Al-Farisi (Taukeh Bengkel), Saiful (mekanik) dan ramai lagi.

Tidak ketinggalan, Cat Farish/Lok Yu (komposer muzik), Mohd Zulgfarqar Awaluddin atau Belalang (pengarah tari/koreografer), Suhaili Micheline Ahmad Kamil (penolong koreografer)

Teater Impak Maksima dipentaskan di IB bermula 11 November lalu sehingga 22 November ini.

Harian Metro

3 Responses to “'Teater Ini Satu Eksperimen'”

  1. acairrock September 26, 2009 at 3:23 am #

    hang pa

  2. acairrock September 26, 2009 at 3:38 am #

    hai dekat sana sapa

  3. acairrock September 26, 2009 at 4:40 am #

    heyy

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: