Bienda Bangkit

15 Nov

Oleh NOR AKMAR SAMUDIN
akmar@hmetro.com.my

Rap
SEKITAR lapan lalu persada hiburan negara dikejutkan dengan berita masalah kesihatan Bienda, 22 atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli yang berhadapan dengan komplikasi sakit jantung berlubang. Berikutan tersebarnya berita itu, ramai tampil menawarkan bantuan untuk meringankan bebannya.

Dugaan yang dihadapi sangat menguji kesabaran Bienda. Selain menghadapi masalah kewangan untuk membiayai rawatan penyakitnya itu, dia juga dituduh menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai.

“Saya mengalami tekanan perasaan yang sangat hebat. Ramai mengetahui saya menderita penyakit jantung tetapi mereka tidak tahu saya bergelut dengan pelbagai situasi terutama untuk mendapatkan sumber kewangan bagi menjalani pembedahan itu.

“Selepas ada yang sudi menghulurkan sumbangan, ada pula pihak menuduh saya hidup senang lenang dengan wang itu. Tetapi Alhamdulillah walaupun tertekan, saya berjaya mengharungi pembedahan itu.

“Saya juga dapat berehat dengan tenang walaupun diluar sana orang heboh memperkatakan salah laku saya terhadap wang sumbangan itu,” katanya.

Selepas pembedahan Bienda tidak berehat panjang kerana dia sudah berjanji untuk bekerja keras demi mempunyai tabungan yang kukuh bagi jaminan masa depan keluarga dan untuk dirinya sendiri.

Di samping itu dia juga berazam seandainya masalah kesihatannya berulang dia akan berusaha untuk membiayainya dengan wang hasil titik peluh sendiri.

“Saya berterimakasih dan bersyukur dengan sumbangan orang ramai. Tetapi apabila memikirkan semula apalah sangat sumbangan saya kepada masyarakat sehingga mereka sanggup membantu, menimbulkan keazaman untuk bekerja keras mengumpul wang sebagai persediaan masa depan.

“Doktor marah apabila mengetahui saya kembali aktif dipentas selepas dua bulan menjalani rawatan. Namun saya mempunyai alasan untuk berbuat begitu. Kalau boleh saya tidak mahu lagi menyusahkan orang ramai kerana saya yakin ada ramai lagi yang lebih memerlukan pertolongan,” katanya.

Kini Bienda sudah sihat sepenuhnya dan kembali aktif dalam bidang nyayian. Selepas pembedahan dia juga terbabit dalam penggambaran filem Anak Kelantan memegang watak utama.

Terbaru, dia masuk ke studio merakamkan lagu duet bersama Yasin Sulaiman untuk projek album kompilasi terbaru terbitan Nova Music iaitu Pop Etnik.

Gandingan duet kali pertama dua artis itu menerusi lagu Jiwa Sengsara ciptaan Yasin. Pihak Nova Music yakin lagu itu bakal melonjok kembali populariti Bienda dalam arena seni suara selepas pernah popular dengan lagu Penantian, juga ciptaan Yasin.

Ternyata Bienda serasi menyanyikan lagu ciptaan Yasin. Penampilan Bienda menerusi lagu Jiwa Sengsara ini juga dilihat berbeza dengan lagu nyanyian Bienda sebelum ini. Susunan muzik yang diberikan sedikit sentuhan genre house music membuatkan cara nyanyian Bienda kelihatan lebih urban dan bersesuian trend muzik semasa.

“Saya terharu apabila Nova Music minta saya merakamkan lagu duet bersama Yasin untuk dimuatkan dalam album Pop Etnik itu. Lebih mengharukan kesudian Yasin berduet dengan saya. Siapalah saya jika hendak dibandingkan dengan Yasin yang sudah kukuh namanya dalam industri muzik tempatan.

“Mungkin inilah hadiah daripada-Nya kepada saya selepas melalui saat getir lapan bulan lalu. Saya yakin lagu Jiwa Sengsara yang liriknya hampir mempunyai persamaan dengan kisah hidup saya bakal diterima dengan baik oleh peminat kami berdua,” katanya.

Album Pop Etnik itu akan berada dipasaran 24 November nanti. Antara lagu disisipkan dalam album itu, Pandang Pandang Jeling Menjeling (S M Salim/Siti Nurhaliza), Nyanyian Serambi (Ramli Sarip), Aduh Saliha (Mawi), Ghazal Untuk Rabiah (Jamal Abdillah/M Nasir), Maharaja (Ramlah Ram), Wassini (Waheeda) dan Lagu Zaman (S M Salim/Jamal Abdillah/Yusuf).

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: